KAJIAN SEMULA PERANAN PIAM
Ahli Jawatankuasa PIAM telah membuat keputusan bagi mengkaji semula
struktur PIAM yang sedia ada. Tujuan utama tindakan ini adalah untuk
membolehkan PIAM memberi sokongan yang penuh kepada ahli-ahlinya di
dalam usaha mereka supaya lebih bersedia menghadapi cabaran proses liberalisasi
sektor perkhidmatan kewangan.
Salah satu daripada rancangan tindakan yang diambil guna adalah pemilihan
ahli Jawatankuasa Pengurusan mengikut giliran diantara semua ahliahli
PIAM. Proses ini akan membenarkan setiap ahli PIAM diwakili di dalam
Jawatankuasa Pengurusan untuk memberi sumbangan mereka terhadap aktivitiaktiviti
persatuan. Ia juga telah disyorkan supaya sekretariat PIAM perlu berfungsi
dengan lebih autonomi dan Jawatankuasa Pengurusan hanya akan terlibat
lebih secara terus apabila melibatkan keputusan polisi.
Pada masa dirujuk, industri insurans am telah melancarkan beberapa
projek yang berasas IT bagi meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan
syarikat-syarikat insurans menguruskan perniagaan mereka. Projek-projek
ini memberi fokus kepada peningkatan proses perkongsian maklumat di
antara ahli-ahli PIAM. Beberapa projek yang dilaksanakan oleh industri
ini ialah :-
a) JPJ e-Insurans Skim
Projek JPJ e-Insurans telah dilaksanakan dengan kerjasama bersama
oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan industri insurans am. Projek ini
telah dilancarkan dengan rasminya pada 1hb Oktober, 2004.
Skim JPJ e-Insurans melibatkan pengeluaran perlindungan motor menerusi
sistem elektronik oleh syarikat insurans dan agen mereka. Melalui
rantaian elektronik bersama Jabatan Pengangkutan Jalan, pengeluaran
cukai jalan bagi semua kenderaan yang mempunyai e- Insurans di percepatkan.
Projek ini telah dimulakan selari selama 3 bulan dari bulan Oktober
hingga Disember, 2004 dimana kedua-dua sistem manual dan elektronik
digunakan. Sistem manual ditamatkan pada 1hb Januari, 2005.
b) Sistem Pengagihan Surat Pekeliling PIAM
Sistem pengagihan surat pekeliling elektronik secara ‘on-line’ telah
bermula pada Februari, 2004. Semua surat pekeliling, notis, buletin
dan berita terkini yang diterbitkan dapat diterima secara elektronik
oleh semua ahli-ahli persatuan. Sistem ini meningkatkan peralihan
kearah pengurangan penggunaan kertas.
Sistem Pengagihan Surat Pekeliling (CDS) telah menukar sepenuhnya
cara Persatuan berkomunikasi dengan ahli-ahlinya. CDS telah menukar
cara penghantaran surat pekeliling melalui sistem SPIK kepada sistem
surat elektronik dan sistem pengkalan data atas talian. Ahli-ahli
sekarang dapat menerima surat pekeliling, notis dan buletin dari PIAM
dalam beberapa saat selepas terbitan melalui CDS. Selain itu ia juga
menyediakan pengkalan data atas talian untuk surat-surat pekeliling
yang terdahulu. Pengkalan data ini membolehkan pengguna menyelidik
topik yang dikehendaki dan melihat surat pekeliling itu secara ‘online’.
Rancangan untuk menambah bilangan pengguna CDS, dimana sekarang ia
hanya terhad kepada 2 orang pengguna untuk sebuah syarikat dalam perancangan.
c) Insurance Claim Verification System (ICVS)
Perkhidmatan ICVS berasaskan email telah dinaiktaraf kepada sistem
laman web pada June 2004. Sistem laman web ini yang telah dibangunkan
Jabatan ISM, boleh mengawasi segala maklumbalas dengan memerlukan
ahliahli persatuan yang terlibat memberi respons didalam jangka waktu
yang ditetapkan agar keputusan tuntutan insurans dapat dilaksanakan
dengan pantas dan efisyen. ICVS telah membuktikan bahawa ia dapat
membantu ahli-ahli dalam mengesan tuntutan insurans yang tidak didedahkan
dan ditelusi ‘nondisclosure’.
Dengan penglibatan ahli-ahli Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)
untuk menggunakan kemudahan ICVS, modul kematian bukan disebabkan
kemalangan ‘nonaccidental death’ dan modul TPD telah dibangunkan pada
September 2004. Penglibatan ahli-ahli LIAM adalah untuk memastikan
informasi mengenai perlindungan insurans kemalangan diri dan perubatan
adalah komprehensif.
d) Info tuntutan ISM (ICI)
Pembangunan pengakalan data tuntutan atas talian telah dimulakan pada
Julai 2004. Pembangunan sistem ICI dimulakan dengan beberapa sessi
dialog dengan ahli-ahli untuk mendapatkan maklumbalas dari syarikat
insurans mengenai keperluan-keperluan bagi merekacipta sistem untuk
insurans motor. ICI akan menyediakan kebolehan berikut untuk ahli-ahli
Persatuan:
- Serahan dan pengesahan pengkalan data atas talian
- Laporan penyesuaian tuntutan automatik
- Penyenaraian laporan statistik atas talian
- Pencarian tuntutan terdahulu atas talian
- Muat turun data dan alatan analisis statistik
Sistem ini yang masih di dalam pembangunan, dijangka akan dilancarkan
secara berperingkat. Pelancaran akan dimulakan pada suku tahunan kedua
2005. Selain itu, sistem ini juga akan membekalkan info untuk kelas
insurans yang lain termasuk insurans kemalangan diri dan kesihatan
yang dijangka dilancar pada tahun 2006.
e) Sistem Pendaftaran Agensi Secara “Online” (OARS)
Sistem Pendaftaran Agensi secara “Online” (OARS) dijangka bermula
pada suku tahunan kedua 2005. Melalui sistem ini syarikat insurans
boleh mendaftar terus agen-agen mereka secara ‘online’ dengan persatuan
dan mengurangkan penggunaan kertas disamping menjimatkan masa dan
tenaga kerja.
Aktiviti lain yang dilaksanakan oleh persatuan adalah seperti di
bawah :-
Program Pendidikan Pengguna
PIAM telah memberi fokus kepada peningkatan kefahaman pengguna tentang
produk dan perkhidmatan insurans. Program Pendidikan Pengguna (CEP)
yang melibatkan kerjasama antara Bank Negara Malaysia dengan industri
insurans am dan hayat dan juga sektor takaful telah menjangkau tahun
ketiga pada 2005.
Aktiviti di bawah program ini disesuaikan dengan objektifnya berikut
:-
i) memberi dan menyebarkan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan
insurans dan takaful
ii) membiasakan orang awam tentang asas tuntutan insurans dan pengunderaitan
iii) mewujudkan kesedaran mengenai perlakuan pasaran beretika agar
pengguna lebih tegas dan arif dalam membuat keputusan; dan
iv) menasihati pengguna tentang cara-cara menyelesaikan pertikaian
Penyebaran maklumat telah disempurnakan dengan mencetak dan menyebarkan
buku-buku kecil kepada orang awam. CEP telah keluarkan 12 jenis buku
kecil mengenai beberapa topik insurans dan produk takaful dalam Bahasa
Inggeris dan Bahasa Malaysia serta Mandarin dan Tamil supaya dapat mendekati
lebih ramai orang.
Program ini dimajukan lagi dengan penerbitan lebih banyak buku-buku
kecil mengenai beberapa topik yang lain termasuk satu yang bertajuk
“Lindungi Diri Anda Daripada Penipuan Insurans”.
Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)
Pada Ogos, 1991, PIAM telah menubuhkan sebuah badan bebas iaitu Biro
Pengantaraan Insurans. Para pengguna yang menghadapi sebarang masalah
dalam tuntutan insurans digalakkan merujuk aduan mereka kepada Biro
ini. Kemudiannya, bidang pengantaraan telah diperluaskan untuk merangkumi
pertikaian insurans nyawa.
Pada 20hb Januari 2005, Bank Negara Malaysia dengan rasminya telah
melancarkan Biro Pengantaraan Kewangan (BPK). Pertubuhan BPK ini adalah
satu langkah bergabung bagi proses penyelesaian pertikaian dalam industri
insurans melalui Biro Pengantaraan Insurans dan industri bank melalui
Biro Pengantaraan Bank. Kedua-kedua biro ini telah mencapai kejayaan
menyelesaikan pertikaian diantara syarikat-syarikat insurans dan bank-bank
dengan pelanggan-pelanggan mereka. Pada tahun 2004, sebanyak 1,515 pertikaian
telah dikendalikan oleh kedua-kedua pengantara ini. FMB telah ditubuhkan
kerana perundangan bahawa perbezaan tradisional tidak lagi ternyata
dalam segala produkproduk dan perkhidmatan kewangan yang diperuntukkan
oleh bank-bank, syarikat-syarikat insurans dan perantara kewangan yang
lain. Maka pertubuhan biro yang berintegrasi diperlukan untuk menyelesaikan
isu-isu pengguna mengenai institusiinstitusi kewangan. Sinergi yang
ternyata dapat dicapai dengan integrasi sumber yang sedia ada untuk
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses resolusi pertikaian.
Pengguna akan mendapat bantuan dari pusat yang sesuai dan cekap bagi
menyelesaikan segala pertikaian mereka. Proses ini juga adalah satu
alternatif kepada litigasi yang memerlukan banyak masa dan kewangan.
Kejadian Tsunami pada 26hb Disember, 2004
Penghujung tahun 2004 telah berakhir dalam keadaan yang muram apabila
persisiran pantai Asia telah dilanda trajedi dan kemusnahan yang dahsyat
disebabkan oleh gempa bumi di Sumatra dan tsunami pada 26hb Disember,
2004. Kawasan yang terlibat telah mengalami kehilangan nyawa dan harta
benda yang sangat mengejutkan dan menyedihkan.
Sebagai sumbangan kepada mangsa trajedi tsunami ini, PIAM telah menyumbangkan
sebanyak RM200,000 kepada Tabung Bencana Tsunami Malaysia bagi pihak
ahli-ahlinya. Ahli-ahli PIAM tidak keberatan untuk memberi sumbangan
tambahan kepada beberapa tabung-tabung yang telah disediakan untuk mangsa
tsunami ini. Mengikut satu kajian yang dibuat oleh PIAM, industri insurans
am telah menyumbang sebanyak lebih dari RM2.9 juta dan syarikat-syarikat
insurans yang mempunyai operasi global telah menyumbang lebih kurang
RM20 juta bagi tabung-tabung antarabangsa yang lain yang ditubuhkan.
<<
Laman Sebelumnya | Senarai Laman
| Laman Seterusnya >>
|