Home  
About PIAM  
PIAM Annual Report  
Management Committee  
PIAM's Role  
Complaints / Mediation  
List of
members
 
Products and Services  
PIAM Approved Repairers Scheme  
Consumer Resources  
News  
External Links  
Contact Us  
Search Our Site  
 

KEPUTUSAN PERNIAGAAN

Angka Utama Industri Insurans Am, 2006/ 2007

  1. Jumlah Syarikat-Syarikat Insurans Am


    Sehingga 1hb April, 2007, terdapat 39 buah syarikat insurans yang beroperasi di Malaysia yang meliputi 25 buah syarikat insurans am, 9 syarikat insurans komposit dan 5 penginsurans am semula. Keahlian Employers Reinsurance Corporation telah ditamatkan pada 4hb April 2006. Aviva Insurance Bhd telah bergabung dengan Mitsui Sumitomo Insurance (M) Bhd mulai 1hb Julai 2006.

  2. Bahagian Pasaran Insurans Am

    Industri insurans am merekodkan peningkatan dalam premium bertulis kasar sebanyak 3.23% pada 2006 mencapai RM11.034 billion. Premium bersih meningkat pada kadar 2.9% hingga RM7.769 billion. Premium langsung kasar meningkat 2.66% hingga RM9.636 billion berbanding RM9.386 billion pada tahun 2005.

    Sektor insurans perubatan dan kesihatan (MHI) mencapai prestasi yang baik dengan pertumbuhan premium bertulis kasar sebanyak 12.24% hingga mencapai premium sebanyak RM417 juta berbanding dengan RM372 juta pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, premium bertulis kasar kelas motor mengalami penurunan sebanyak 0.46% hingga RM4,610.9 juta berbanding dengan pertumbuhan sebanyak 11.9% pada tahun 2005. Sektor kebakaran merekodkan kenaikan dalam premium bertulis kasar sebanyak 1.73% hingga RM2,327.3 juta.

    Sektor motor telah menguasai pasaran dengan premium langsung kasar sebanyak 41.9% (2005: 43.4%). Sektor kebakaran mencatatkan sedikit penurunan dalam bahagian pasarannya pada tahun 2006 dan mencapai 21.1% (2005: 21.5%). Sektor marin, udara dan transit (MAT), insurans kemalangan diri (PA), semua risiko kontraktor dan kejuruteraan dan MHI mencapai bahagian pasaran masing-masing sebanyak 12%, 6.8%, 4.9% dan 3.8%.

  3. Nisbah Tuntutan Bersih Kena Bayar (NCIR) bagi Sektor-sektor

    NCIR untuk semua sektor meningkat dari 55.4% pada tahun 2005 hingga 59.4% pada tahun 2006. Nisbah yang disatukan meningkat pada tahun 2006 hingga 92.02% berbanding dengan 87.2% pada tahun 2005.

    Sektor permotoran mengalami nisbah tuntutan tertinggi sebanyak 71.1% pada tahun 2006 (2005 : 66.9%). Nisbah tuntutan Motor - Perlindungan Akta telah merakamkan kemerosotan pada tahun 2006 sehingga 196.1% berbanding dengan 166.3% pada tahun lepas. Catatan kenaikan nisbah tuntuntan juga jelas dalam kelas CAR dan kejuruteraan, liabiliti dan pampasan pekerja dan liabiliti majikan.

  4. Margin Pengunderaitan

    Dengan tuntutan bersih meningkat daripada 55.4% pada tahun 2005 kepada 59.4% pada tahun 2006, margin pengunderaitan menjadi tipis dari 12.9% ke 8.0%. Perbelanjaan pengurusan dan nisbah komisen masih stabil hingga sekarang.

  5. Jumlah Ejen

    Jumlah unit agensi insurans am yang didaftarkan pada tahun 2006 adalah 40,869 (2005 : 48,088). Ini mewakili penurunan 15%. Ini disebabkan kebanyakkan daripada agen tersebut telah dibatalkan pendaftarannya oleh kerana gagal mematuhi syarat kontrak penyelenggaraan minima sebanyak RM20,000 premium kasar setahun bagi sesebuah agensi pada tahun pertama atau kedua bagi tempoh dua tahun pendaftaran. Lebih daripada setengah iaitu 22,419 atau 55% agen berdaftar hanya mewakili satu prinsipal sahaja.

    Agihan agen mengikut negeri-negeri di Malaysia, Singapura dan Brunei adalah seperti di bawah:-

    States in Malaysia No. of Agents
    2005 2006
    Johore 6,421 5,617
    Kedah 2,215 1,903
    Kelantan 1,090    798
    Melaka 1,954 1,606
    N.Sembilan 1,841 1,527
    Pahang 2,091 1,725
    Penang 4,732 3,990
    Perak 4,198 3,415
    Perlis    181    142
    Sabah 2,830 2,171
    Sarawak 3,742 2,917
    Selangor 8,487 7,674
    Terengganu    748    689
    WP Kuala Lumpur 7,468 6,614
    WP Labuan        6      16

    Others (Outside Malaysia)  
    Brunei   2   0
    Singapore 82 65

Senari Laman | Laman Seterusnya >>

 

Copyright © 2001-2008,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Developed by Magnum InformationTechnology Sdn Bhd