![]() |
![]() |
||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||
| Return Date | Country | No. of Vehicles | Est. Total Market |
| 26 August 2006 | Singapore | 3 | RM258,000 |
| 22 January 2007 | Singapore | 20 | RM1.9 million |
8 kenderaan dengan anggaran nilai RM950,000 juga dijangka akan dibawa balik dari Hong Kong sebelum pertengahan 2007.
Ceramah sambil Makan Tengahari bersama Ketua Pegawai-Pegawai
Eksekutif
Persatuan telah mengelolakan tiga Ceramah sambil Makan Tengahari bersama
Ketua Pegawai-Pegawai Eksekutif pada tahun 2006. Penceramah-penceramah
yang terpilih daripada pelbagai bidang telah dijemput untuk berkongsi
pandangan terhadap pelbagai topik. Majlis ini juga menyediakan satu
platfom terutamanya kepada Ketua Pegawai-Pegawai Eksekutif untuk berinteraksi
dengan penceramah-penceramah dan mendapat pengertian yang lebih lanjut
tentang perkembangan dalam industri, di samping menyediakan satu peluang
untuk membangunkan rangkaian di antara satu sama lain.
Tiga orang penceramah dan topik-topik yang telah dibincang adalah seperti berikut:-
Koktel Penghargaan bagi Ahli-Ahli Jawatankuasa Kecil
Sebagai penghargaan kepada perkhidmatan yang diberikan
oleh ahli-ahli jawatankuasa kecil, kumpulan kerja dan
pasukan petugas, pihak persatuan telah mengadakan
satu koktel penghargaan pada 21hb April, 2006
untuk ahli-ahli ini selepas berakhirnya tempoh
tugasan yang dipegang selama dua tahun. Ini
merupakan kali pertama persatuan mengelolakan
majlis seumpama ini bagi menghargai
sumbangan-sumbangan ahli-ahli tersebut kepada
persatuan. Ini adalah sebagai penghargaan kepada
mereka yang terpaksa memikul tanggungjawab yang
berat di syarikat masing-masing di samping
berusaha untuk memberikan perkhidmatan dan masa
kepada persatuan demi kebaikan industri insurans.
Akta Anti-Money Laundering (AMLA), 2001
- Kumpulan Rangkaian Pegawai Pematuhan yang Kedua
Lanjutan dari arahan BNM untuk membentuk rangkaian
kumpulan-kumpulan tidak rasmi sebagai satu
platfom bagi tujuan berkongsi dan berbincang
amalan-amalan yang terbaik dan isu-isu yang
praktikal yang dihadapi oleh sesebuah
syarikat terhadap isu-isu berkaitan Anti-Money
Laundering, persatuan telah mengelolakan
perjumpaan kedua bagi kumpulan rangkaian
pegawai-pegawai pematuhan(CONG) pada 1hb Mac,
2007 yang lalu. Di sesi ini seorang wakil
dari unit perisikan kewangan BNM dijemput
untuk berkongsi bersama peserta-peserta
perkembangan dan tipografi/kes-kes di bawah
Akta AML di Malaysia. Para peserta di sesi
ini juga berpeluang memberi pendapat dan
menerima penjelasan daripada penceramah
tersebut berkaitan pindaan terbaru bagi
garis panduan Anti-Money Laundering yang
dikeluarkan oleh BNM pada bulan November,
2006.
<< Laman Sebelumnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>