Home  
About PIAM  
PIAM Annual Report  
Management Committee  
PIAM's Role  
Complaints / Mediation  
List of
members
 
Products and Services  
PIAM Approved Repairers Scheme  
Consumer Resources  
News  
External Links  
Contact Us  
Search Our Site  
 

Insurans Motor

Perluasan Pampasan "Diskaun Tanpa Tuntutan" Semasa
Mulai 16 April 2007, pemegang polisi motor yang layak dan mempunyai polisi Komprehensif kereta persendirian boleh membeli perlindungan tambahan ke atas polisi mereka untuk pampasan kerugian “Diskaun Tanpa Tuntutan” (NCD). Manfaat dalam perluasan ini adalah dalam bentuk bayaran “one-off” untuk pampasan NCD yang “lupus” disebabkan sesuatu tuntutan.

Pampasan ini berdasarkan kelayakan NCD untuk tempoh insurans semasa. Perluasan ini akan membantu pemegang polisi untuk mengurangkan kos insurans semasa pembaharuan sekiranya kelayakan NCD mereka hilang.

Pengendorsan 89 - Pemecahan Kaca Cermin Depan/Belakang, Tingkap atau Tingkap Bumbung
Untuk mengambil kesempatan daripada teknologi baru pembaikan kaca cermin dan memandangkan manfaat kosnya, pemilik kenderaan bermotor sekarang mempunyai pilihan untuk pembaikan kaca cermin sebagai alternatif kepada penggantian kaca cermin. Jumlah yang diinsuranskan untuk perlindungan ini akan dikurangkan sebanyak kos membaiki sahaja dan perlindungan diteruskan atau, jika dikehendaki, boleh mengembalikan jumlah asal perlindungan dengan premium tambahan yang mampu.

Pengkalan Data NCD ISM
ISM Insurance Services Malaysia Berhad (ISM) telah membangunkan Pengkalan Data NCD ISM untuk membolehkan pengesahan kelayakan NCD secara “on-line” antara syarikat-syarikat insurans. Objektif utama Pengkalan Data ini adalah untuk membolehkan perkongsian maklumat mengenai status NCD pemegang polisi motor di antara syarikat-syarikat insurans lebih efisien melalui automasi, mengurangkan kerja-kerja menulis dan melapangkan staf syarikat insurans untuk kerja-kerja lain.

Pengkalan Data ini akan dilaksanakan selari (parallel run) berkuatkuasa dari 1 Mac 2007 dan penggunaan Pengkalan Data ini akan menjadi standard industri kepada semua ahli berkuatkuasa 1 Jun 2007.

Kerugian Menyeluruh Konstruktif
Untuk menghindarkan kekeliruan dan menangani aduan yang timbul dari kekeliruan ini, dibangkitkan oleh orang awam kepada pihak Polis dan JPJ atas ujud kembali kenderaan “Kerugian Menyeluruh Konstruktif” di atas jalanraya, industri ini telah bersetuju bahawa terma “Constructive Total Loss” digantikan dengan terma “Beyond Economic Repair” (BER).

Penanggung insurans juga digalakkan untuk mengamalkan amalan baik yang mana akan melibatkan kenderaan BER yang telah diperbaiki dihantar ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan selepas pembaikan dijalankan untuk menilai kualiti pembaikan dan layak dipandu di jalan raya kenderaan yang dibaiki.

Pindaan kepada Polisi Motor
Untuk menjelaskan lebih lanjut susunan kata dalam polisi motor, pindaan telah dibuat keatas definasi “Kenderaan Anda” yang sekarang jelas menerangkan bahawa kenderaan yang diinsuranskan itu termasuk aksesori standard pemasangan di kilang dan apa-apa aksesori tambahan lain seperti yang dinyatakan di dalam Jadual polisi. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang salah faham semasa pembayaran tuntutan terutamanya melibatkan kenderaan-kenderaan yang telah banyak diubah suai tanpa memberitahu penanggung insurans.

Pengenaan Peraturan "Betterment"
Skala Betterment dan peraturan pengenaannya telah di masukkan didalam Tarif Motor dibawah Polisi Motor berkaitan untuk Kereta Persendirian/Kenderaan Perdagangan/Motor Plet Perdagangan (Risiko Jalan Raya) dan Motosikal. Langkah ini adalah perlu memandangkan kurangnya maklumat dan salah faham mengenai pengenaan betterment dibawah prinsip indemniti oleh pihak menuntut bila betterment dikenakan oleh penanggung-penanggung insurans.

Skim Bengkel-Bengkel Yang Diluluskan oleh PIAM (PARS)
Objektif Skim Bengkel-Bengkel Yang Diluluskan oleh PIAM (PARS), yang telah diperkenalkan pada 1983 adalah untuk mempertingkatkan standard perkhidmatan, kualiti dan profesionalisme bengkel-bengkel yang terlibat dalam membaiki kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Skim ini sekarang beroperasi seluruh negara. Untuk bengkelbengkel dimasukkan di bawah PARS, mereka perlu menghantar permohonan kepada Persatuan ini untuk dimasukkan di dalam Skim dan mereka mesti memenuhi kriteria dari segi kemudahan yang disediakan didalam bengkel, pelengkapan dan tenaga kerja berpengalaman. Persatuan ini juga melantik ajuster untuk menjalankan pemeriksaan atas bengkel-bengkel ini untuk memastikan yang infrastruktur bengkel-bengkel seperti yang diperlukan dibawah kriteria dipenuhi.

Faedah menggunakan bengkel-bengkel dibawah PARS untuk pemegang-pemegang polisi bila menjalankan pembaikan atas kenderaan mereka yang rosak adalah bengkel-bengkel akan memberi tempoh waranti 6 bulan untuk kemahiran kerja atas kenderaan yang dibaiki, kepastian yang bengkel-bengkel ini telah diluluskan oleh PIAM dan telah memenuhi syarat yang ditetapkan dan pemegang-pemegang polisi boleh merujuk ketidakpuasan hati atas perkhimatan yang tidak memuaskan kepada PIAM.

Kumpulan Kerja PARS pada masa ini sedang menjalankan kajian menyeluruh keperluan-keperluan PARS yang akan lebih memperbaiki keupayaan industri untuk memantau dan meningkatkan peranan dan fungsi bengkel yang di luluskan dibawah Skim.

Jumlah keseluruhan Bengkel PARS setakat 31 Disember 2006 ialah 805 seperti dibawah:-
KUALA LUMPUR 118 NEGERI SEMBILAN 32
SELANGOR 201 PAHANG 41
PULAU PINANG  50 KELANTAN 16
SARAWAK  56 TERENGGANU 18
JOHOR 101 PERLIS   3
PERAK  62 KEDAH 38
MELAKA  17 SABAH 52
TOTAL 805

<< Laman Sebelumnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>

 

Copyright © 2001-2008,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Developed by Magnum InformationTechnology Sdn Bhd