Home  
About PIAM  
PIAM Annual Report  
Management Committee  
PIAM's Role  
Complaints / Mediation  
List of
members
 
Products and Services  
PIAM Approved Repairers Scheme  
Consumer Resources  
News  
External Links  
Contact Us  
Search Our Site  
 

Insurans Kebakaran

Kajian tentang Risiko Bencana Alam
Jawatankuasa kecil kebakaran sedang meninjau kemungkinan untuk mejalankan kajian menyeluruh tentang pendedahan industry terhadap risiko bencana alam dengan tumpuan utama risiko banjir besar dan juga gempabumi dan tsunami.

Jawatankuasa kecil kebakaran sedang mendapat khidmat pakar dan nasihat dari berbagai sumber untuk mengenal pasti dan menyediakan pendekatan yang betul dan wajar dan model risiko yang sesuaian dengan keperluan pemegang insurans Malaysia. Ini akan menjadi asas untuk kajian tersebut.

Perluasan Perlindungan Penyakit Berjangkit, Pencegahan Akses dan Perluasan Pelanggan dan Pembekal-pembekal
Sebagai respons kepada kebimbangan sejagat, terma pengunderaitan yang lebih ketat telah diperkenalkan terhadap perluasan untuk penyakit-penyakit berjangkit atau menjalar, pencegahan akses dan perluasan untuk para pelanggan dan pembekal-pembekal yang biasa ditawarkan di bawah Polisi Kebakaran Kerugian Turutan atau Polisi Semua Risiko Industri. Syarat baru termasuk penguatkuasaan had sebanyak 10% dari jumlah diinsuranskan atau RM10 juta, yang mana lebih rendah dan had lebihan masa minima sebanyak 72 jam.

<< Laman Sebelumnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>

 

Copyright © 2001-2008,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Developed by Magnum InformationTechnology Sdn Bhd