Perkhidmatan Pengguna
Biro Tindakan Aduan/Biro Pengantaraan Kewangan
Biro Tindakan Aduan (CAB) PIAM ditubuhkan oleh
pihak persatuan untuk membantu konsumer
menyelesaikan aduan mereka berkaitan dengan urusan
insurans. Biro Tindakan Aduan (CAB) menerima
aduan daripada pemegang polisi dan pihak ketiga
melalui aduan bertulis, telefon ataupun pengadu
boleh datang ke pejabat persatuan secara terus.
Aduan yang ditujukan kepada pihak media juga
diawasi dan pihak persatuan akan memberi
maklumbalas kepada aduan tersebut dengan tujuan
menyelesaikan kesulitan yang dihadapi oleh
pengadu. Satu alamat e-mail khas disediakan ke
CAB; complaints_action_bureau@piam.org.my yang
tertera di laman web PIAM untuk memudahkan
konsumer berhubung dengan CAB.
Apabila aduan masih tidak dapat diselesaikan, pihak
pengadu mungkin dinasihatkan supaya merujuk aduan
mereka ke Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) untuk
penyelesaian. FMB adalah sebuah badan bebas yang
ditubuhkan untuk penyelesaian pertikaian yang
melibatkan perkhidmatan yang diberi oleh
syarikat-syarikat insurans yang menjadi ahli.
FMB memberi perkhidmatan percuma, cepat, sesuai
dan cekap bagi menyelesaikan segala pertikaian
sebagai satu alternatif kepada litigasi.
<<
Laman Seterusnya | Senarai Laman
| Laman Seterusnya >>
|