Home  
About PIAM  
PIAM Annual Report  
Management Committee  
PIAM's Role  
Complaints / Mediation  
List of
members
 
Products and Services  
PIAM Approved Repairers Scheme  
Consumer Resources  
News  
External Links  
Contact Us  
Search Our Site  
 

Perhubungan di peringkat Antarabangsa

Mesyuarat perhubungan di antara persatuan-persatuan insurans am Indonesia, Singapura dan Thailand
Sebagai usaha untuk menjalinkan hubungan baik dan rapat bersama rakan-rakan sejawatnya di rantau ini, Jawatankuasa Pengurusan PIAM mengadakan mesyuarat berasingan bersama ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan persatuan-persatuan insurans am dari negara Indonesia, Singapura dan Thailand iaitu Assosiasi Asuransi Umum Indonesia (AAUI), Persatuan Insurans Am Singapura (GIAS) dan juga Persatuan Insurans Am Thailand (GIAT).

Perjumpaan-perjumpaan ini diadakan mengikut giliran tuan rumah iaitu diantara PIAM dan persatuan-persatuan yang lain secara berasingan. Pada tahun ini PIAM sebagai tuan rumah mewakili mesyuarat tersebut bagi dua persatuan iaitu AAUI dan GIAS yang telah berlangsung di Kota Kinabalu dan Kuching. Manakala Persatuan Insurans Am Thailand (GIAT) telah menjadi tuan rumah mesyuarat bersama Jawatankuasa Pengurusan PIAM di Bangkok.

Tambahan kepada taklimat terhadap pembangunan di dalam pasaran masing-masing, mesyuarat ini juga menggalakkan kerjasama terhadap projek-projek yang boleh menjejaskan kedua-dua pasaran supaya dapat membantu ahli-ahli setiap persatuan di samping menyelesaikan isu-isu utama. Satu daripada isu yang di pertimbangkan ialah persefahaman menangani isu had liabiliti.


PIAM/GIAT Liaison Meeting, 2006

Kongres Insurans Asia Timur yang ke-23 - 30hb Julai hingga 2hb Ogos, 2006, Brunei Darussalam
Kongres Insurans Asia Timur yang ke-23 telah diadakan pada 30hb Julai hingga 2hb Ogos, 2006 di Brunei Darussalam yang telah dianjurkan oleh Persatuan Insurans Am Brunei sebagai tuan rumah. Tema untuk persidangan ini adalah “East Asian Insurance at the Crossroads of Growth and Profitability”. Persidangan tersebut menyediakan satu platfom untuk syarikat insurans di rantau ini untuk membincangkan isu-isu kritikal yang melibatkan insurans hayat dan insurans am. Seramai 109 peserta dari Malaysia telah menghadiri persidangan ini.

Majlis Mesyuarat Insurans ASEAN yang ke-32 (AIC) - 14hb hingga 18th November, 2006
Majlis Mesyuarat Insurans ASEAN yang ke-32 telah diadakan di Bali, Indonesia bermula dari 14hb hingga 18hb November, 2006. Industri insurans Malaysia diwakili oleh pihak PIAM dan LIAM ke majlis tersebut.

Mesyuarat AIC yang ke-32 ini diadakan serentak dengan Mesyuarat Pengatur Insurans ASEAN. Sepanjang mesyuarat ini jawatankuasa pengendalian pelbagai projek-projek di bawah naungan AIC yang melibatkan negara-negara anggota bertemu untuk membincangkan atau mengemaskini projek-projek disamping mengambil tindakan-tindakan susulan yang diperlukan. Sepanjang mesyuarat Majlis ini, jawatankuasa lain yang telah bertemu ialah Majlis Biro ASEAN (Sistem Kad Biru), Institut Latihan Insurans Penyelidikan dan Pertukaran ASEAN (AITRI), Skim Pertukaran Perinsurans Semula ASEAN dan juga Jawatankuasa Pendidikan Insurans ASEAN.

<< Laman Sebelumnya | Seranai Laman | Laman Seterusnya >>

 

Copyright © 2001-2008,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Developed by Magnum InformationTechnology Sdn Bhd