- Keahlian Persatuan

Sehingga 1hb April, 2008, terdapat 39 buah syarikat insurans
yang beroperasi di Malaysia yang meliputi 23 buah syarikat insurans
am, 10 syarikat insurans komposit dan 6 penginsurans am semula.
Satu syarikat penginsurans am semula; Asia Capital Reinsurance Malaysia
Sdn Bhd telah menjadi ahli PIAM pada 16hb Mac 2007. Pada
21hb Januari 2008, syarikat Tokio Marine Insurans (Malaysia)
Bhd telah mengambil alih perniagaan syarikat Asia Insurance (Malaysia)
Bhd.
- Bahagian Pasaran Insurans Am

Industri insurans am merekodkan peningkatan dalam premium bertulis
kasar sebanyak 3.91% pada 2007 mencapai RM11.488 bilion. Premium
bersih meningkat pada kadar 5.26% hingga RM8.197 bilion. Premium
langsung kasar meningkat 4.23% hingga RM10.043 bilion berbanding
RM9.635 bilion pada tahun 2006.
Sektor insurans perubatan dan kesihatan (MHI) mencapai prestasi
yang baik dengan pertumbuhan premium bertulis kasar sebanyak 14.06%
hingga mencapai premium sebanyak RM485 juta (2006: RM417). Premium
bertulis kasar kelas motor merekodkan RM4,679 juta iaitu kenaikan
sebanyak 1.43% berbanding pada tahun lepas (2006: -0.44%, RM4,612
juta). Sektor kebakaran merekodkan kenaikan dalam premium bertulis
kasar sebanyak 3.69% pada 2007 (2006: 1.75%).
Sektor motor telah menguasai pasaran dengan premium langsung kasar
sebanyak 44.3% (2006: 41.7%). Sementara pasaran bagi sektor kebakaran
dan MAT masing-masing merekodkan sedikit penurunan pada kadar 17.8%
dan 11.8% pada tahun 2007. Insurans kemalagan diri (PA), MHI, semua
risiko kontraktor dan kejuruteraan, liabiliti dan bon mencapai bahagian
pasaran masing-masing sebanyak 7.4%, 4.6%, 3.8%, 2.9% dan 0.4%.
- Nisbah Tuntutan Bersih Kena Bayar (NCIR) bagi Sektor-sektor

NCIR untuk semua sektor meningkat dari 60.6% pada tahun 2006 hingga
65.7% pada tahun 2007. Nisbah yang disatukan meningkat pada tahun
2007 hingga 99.1% berbanding dengan 93.3% pada tahun 2006.
Sektor permotoran mengalami kenaikan nisbah tuntutan sebanyak 80.2%
pada tahun 2007 (2006: 72.1%). Nisbah tuntutan Motor – “Perlindungan
Akta” telah merakamkan kemerosotan sehingga 244.3% berbanding dengan
204.1% pada tahun lepas. Catatan kenaikan nisbah tuntuntan juga
jelas dalam sektor CAR dan kejuruteraan, MHI dan MAT. Sektor lain
merakamkan penurunan dalam nisbah tuntutan.
- Margin Pengunderaitan

Industri insurans telah merekodkan margin pengunderaitan yang tipis
sebanyak 0.9% berbanding dengan 6.2% pada tahun 2006. Kemerosotan
ini berpunca daripada peningkatan pada nisbah tuntutan bersih pada
2007 sebanyak 65.7% berbanding 60.6% pada 2006. Perbelanjaan pengurusan
dan nisbah komisen masih stabil.
Senari
Laman | Laman Seterusnya >>