Home  
About PIAM  
PIAM Annual Report  
Management Committee  
PIAM's Role  
Complaints / Mediation  
List of
members
 
Products and Services  
PIAM Approved Repairers Scheme  
Consumer Resources  
News  
External Links  
Contact Us  
Search Our Site  
 

AKTIVITI-AKTIVITI PIAM

Perkembangan Dalam Industri Insurans Am

Pelan Induk Sektor Kewangan
Pelan Induk Sektor Kewangan yang dilancarkan pada Mac 2001 merupakan satu rangka kerja untuk memperkembangkan sistem kewangan kepada satu tahap yang lebih dinamik, berdaya saing dan kukuh. Satu daripada pencapaian adalah pengenalan pelbagai program untuk mendidik pengguna bagi tujuan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran mereka dalam bidang kewangan dan menyediakan mekanisme penyelesaian pertikaian insurans. Di antara inisiatif yang berjaya dilaksanakan adalah Program Pendidikan Pengguna (CEP) dan penubuhan Biro Pengantaraan Kewangan (FMB). CEP adalah satu program bagi jangka masa 10 tahun, yang direka bagi tujuan mendidik pengguna dengan mendedahkan pengguna kepada informasi berkaitan insurans melalui bahan bercetak dan internet. Manakala FMB merupakan agensi bersepadu yang membantu pengguna menyelesaikan pertikaian terhadap penanggung insurans dan institusi kewangan yang lain.

Jawatankuasa Etika
Persatuan ini juga telah mengenal pasti langkahlangkah regulatori sendiri yang merupakan komponen terutama dalam FSMP dan seterusnya mencetuskan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Etika. Jawatankuasa Etika ini khusus dibentuk bagi tujuan untuk mengutarakan aduan-aduan yang mungkin tidak boleh dikemukakan melalui saluran-saluran disiplin yang sedia ada di bawah Perlembagaan PIAM. Jawatankuasa Etika juga dicadangkan supaya menangani aduan-aduan yang diterima daripada ahli-ahli dengan cara “pre-emptive” iaitu dengan memberi pandangan yang cepat bagi tujuan untuk mengawal atau menghalang mana-mana “salah amalan” yang berlaku sebelum salah amalan tersebut menimbulkan gangguan kepada industri. Kelewatan dalam tindakan-tindakan disiplin tersebut adalah tidak wajar, dan akhirnya, tidak membawa kebaikan kepada ahli-ahli PIAM.

Jawatankuasa Etika juga boleh merujuk aduan-aduan kepada Jawatankuasa Disiplin yang ditubuhkan di bawah peruntukan perlembagaan PIAM jika didapati aduan-aduan tersebut memerlukan tindakan disiplin.

Rangka Kerja Risk Based Capital
BNM telah mengumumkan penerbitan rangka kerja Risk Based Capital yang disemak semula bagi penanggung insurans pada April 2007. Di bawah rangka kerja baru berkenaan, lembaga pengarah institusi penanggung insurans bertanggungjawab memainkan peranan yang lebih penting dalam memantapkan infrastruktur pengurusan risiko dan tadbir urus amalan pasaran. Rangka kerja berkenaan akan menggalakkan perlindungan yang lebih kukuh terhadap keperluan pelbagai pihak terutamanya pemegang polisi.

Rangka kerja ini yang dijangka akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2009 akan meningkatkan lagi rangka kerja kesolvenan sedia ada dengan adanya keperluan modal dan penilaian yang lebih telus dan terlaras risiko yang mencerminkan kesemua risiko kewangan utama penanggung insurans. Langkah ini bertujuan memastikan kedudukan modal sesebuah penanggung insurans adalah pada tahap yang setara dengan profil risikonya.Rangka kerja yang telah dipertingkat ini juga akan memberikan lebih kefleksibelan dan kelonggaran kepada penanggung insurans dalam menguruskan pelaburan. Penanggung insurans yang mempunyai kemampuan untuk menerima pakai rangka kerja ini lebih awal, akan diberi kefleksibelan untuk berpindah kepada rangka kerja ini pada tahun 2008.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan telah diumumkan dalam bajet 2005 pada September 2004. Tarikh perlaksanaan yang dicadangkan pada masa itu ialah pada 1 Januari 2007 tetapi tarikh ini telah ditangguh tanpa ditetapkan tarikh yang baru.

Walaubagaimanapun, sebagai persediaan pengenalan GST dalam industri insurans, perundingan telah diadakan dengan Panel Kajian Semula Cukai (TRP) yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan pada Julai 2005. Cadangan mengenai pengolahan GST mengenai isu-isu yang mempengaruhi industri insurans am telah dikemukakan kepada TRP pada bulan September 2005.

Satu aspek penting yang perlu diketengahkan dan diatasi oleh ahli-ahli adalah pengendalian transformasi serta cabaran dan langkah-langkah yang perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum perlaksanaan GST. Untuk mengatasi masalah ini, pihak persatuan telah menubuhkan satu kumpulan kerja dengan tujuan untuk merancang kaedah dan tatacara yang sesuai serta menganjurkan sesi latihan bagi persediaan ahliahli syarikat dan kakitangan untuk perlaksanaan GST yang lebih berkesan. Penubuhan kumpulan kerja ini juga bertujuan memberi kesedaran terhadap isu-isu dan masalah-masalah yang berkaitan dengan perlaksanaan GST serta menyediakan langkah-langkah pemulihan dan aliran kerja. Kumpulan kerja ini telah mengorak langkah awalan dengan menganjurkan beberapa rangkaian ceramah oleh perunding professional yang arif di arena ini.

<< Laman Sebelumnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>

 

Copyright © 2001-2008,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Developed by Magnum InformationTechnology Sdn Bhd