![]() |
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||
Setakat 31hb Disember 2007, jumlah agensi insurans am yang didaftarkan adalah 39,165, penurunan sebanyak 4% berbanding jumlah 40,869 agensi insurans am yang didaftarkan pada tahun 2006. Ini disebabkan kebanyakkan daripada agen tersebut telah dibatalkan pendaftarannya oleh kerana gagal mematuhi syarat kontrak penyelenggaraan minima sebanyak RM20,000 premium kasar setahun bagi sesebuah agensi pada tahun pertama atau kedua bagi tempoh sah laku dua tahun sijil pendaftaran agen. Lebih daripada setengah iaitu 20,082 atau 51% agen berdaftar mewakili satu prinsipal sahaja.
Agihan agen mengikut negeri-negeri di Malaysia dan Singapura adalah seperti berikut:-
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Professionalisme Saluran Pengagihan
Beberapa inisiatif telah dilaksanakan pada
tahun 2007 untuk meningkatkan
professionalisme di antara pengantara
disenaraikan di bawah :-
- Keperluan untuk menyerahkan
Akujanji Agensi oleh Bank dan Pemegang
Francais Kenderaan Bermotor
Bagi menggalakkan peraturan yang lebih adil
dan saksama dalam transaksi dan pemerolehan
perkhidmatan dan produk insurans am melalui
pengantara insurans, berkuatkuasa pada 30hb
November 2007, satu Akujanji perlu untuk
diserahkan oleh pihak yang dikecualikan dari
mendaftar dalam ICAGIB/GIARR, iaitu bank dan
pemegang francais kenderaan.
Dengan Akujanji ini, bank dan pemegang francais kenderaan adalah tertakluk kepada semua peraturan dan garis panduan ICAGIB/GIARR yang pada masa ini hanya dikenakan atas semua agen yang berdaftar sahaja.
- Pembangunan Rangka Kerja Amalan
Baik Diantara Penanggung Insurans, Broker
dan Pengendali Takaful
Bagi meningkatkan disiplin pasaran serta
memperbaiki mutu khidmat pelanggan untuk
industri insurans am, satu Rangka Kerja
Amalan Baik dirangka oleh MITBA, PIAM dan
MTA untuk penanggung insurans, pengendali
takaful dan broker. Rangka kerja tersebut
telah dilaksanakan berkuatkuasa pada
1hb Julai 2007 dan ianya
merupakan usahasama industri bagi memudahkan
penyesuaian akaun dan pembayaran premium di
antara penanggung insurans, pengendali takaful
dan broker insurans dan takaful.
Rangka kerja ini mengandungi tatacara pengendalian piawai untuk perniagaan antara penanggung insurans dan pengendali takaful dan broker. Rangka kerja tersebut turut melengkapi keperluan pematuhan untuk kelas-kelas yang tertakluk kepada Warranti Premium dan juga Pembayaran Premium Sebelum Perlindungan (CBC) untuk Kemalangan Diri Persendirian dan Insurans Perjalanan.
<< Laman Sebelumnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>