Home  
About PIAM  
PIAM Annual Report  
Management Committee  
PIAM's Role  
Complaints / Mediation  
List of
members
 
Products and Services  
PIAM Approved Repairers Scheme  
Consumer Resources  
News  
External Links  
Contact Us  
Search Our Site  
 

INSURANS KENDERAAN

Skim No-Fault Liability (NFL)
Pada Ogos, 2007, Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan "Preliminary Issue Paper" mencadangkan skim "No Fault Liability" (NFL) diperkenalkan. Pihak Persatuan telah aktif menyertai dalam pelbagai perbincangan, syarahan umum, kerja kumpulan dan sesi mencari maklumat yang dikelolakan oleh Jabatan Peguam Negara atas cadangan memperkenalkan Skim NFL bagi tuntutan kemalangan kenderaan bermotor.

Pihak Persatuan juga telah berkerjasama dengan BNM menganjurkan forum dengan pakar dari Australia, Jepun dan Thailand pada Disember 2007 bagi berkongsi pengalaman mereka merumus dan menguruskan Skim NFL dalam bidang kuasa mereka masing-masing untuk meluaskan lagi pemahaman pelbagai pihak yang berkepentingan dalam cadangan ini.

Buat masa ini pihak Persatuan dan juga pihak-pihak lain yang berkepentingan sedang menanti butiran penuh cadangan NFL dari Jabatan Peguam Negara bagi pemahaman yang jelas dan menyeluruh mengenai struktur, mekanisme dan pilihan pembiayaan skim yang dicadangkan.


Speakers from Australia, Japan and Thailand with representatives from BNM and PIAM at the Forum on NFL in December, 2007

Sementara itu, Persatuan ini sedang meneliti langkah-langkah berikut, yang mana Persatuan ini berpendapat akan membantu mengurangkan kelewatan dan kes-kes mahkamah yang tertunggak:-

  1. Pre-action protocols to facilitate settlement of claims
  2. Comprehensive guidelines for assessment of damages to ensure uniformity of awards
  3. Special courts for Motor Vehicle Accident (MVA) injury claims
  4. Reducing the limitation period to 3 years from current 6 years
  5. Examination of the contingency fee based approach by lawyers
  6. Interest rate on Court Award

Pindaan ke atas Polisi Motor

- Pencurian Motosikal
Untuk menjelaskan lebih lanjut maksud polisi motosikal untuk mencegah penipuan, pindaan telah dibuat ke atas Klausa (1) Seksyen A Polisi ini yang menerangkan dengan lebih jelas bahawa kehilangan sesuatu bahagian motosikal (kecuali keseluruhan motosikal telah dicuri pada masa yang sama) tidak akan dibayar.

- Syarat Polisi 2(a) Kemalangan dan Prosedur Tuntutan
Keperluan polisi biasa untuk pemberitahuan tuntutan dibuat dengan "secepat mungkin" telah digantikan dengan jangka masa tertentu untuk mengelakkan pertikaian dengan pihak yang menuntut. Jangka masa yang ditetapkan adalah seperti berikut:-

  1. Dalam tempoh tujuh (7) hari jika pihak yang diinsuranskan dari segi fizikal berupaya atau tidak dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu
  2. Dalam tempoh tiga puluh (30) hari atau secepat yang praktikal jika yang diinsuranskan tidak berupaya dari segi fizikal dan dimasukkan ke hospital disebabkan kejadian itu
  3. Selain daripada yang tersebut di atas, tempoh pemberitahuan lebih panjang mungkin dibenarkan tertakluk kepada bukti khusus daripada pihak yang diinsuranskan

Skim Bengkel-Bengkel Yang Diluluskan oleh PIAM (PARS)
Jumlah bilangan bengkel-bengkel diluluskan pada 31 Disember 2007 adalah 813 seperti berikut: -

1. JOHOR 102
2. KEDAH 38
3. KELANTAN 16
4. MELAKA 19
5. NEGERI SEMBILAN 33
6. PAHANG 41
7. PERAK 62
8. PERLIS 3
9. PULAU PINANG 50
10. SABAH 52
11. SARAWAK 56
12. SELANGOR 204
13. TERENGGANU 18
14. KUALA LUMPUR(WP) 119
TOTAL813 

Berikutan keperluan bahawa pemohon-pemohon PARS mestilah mempunyai status syarikat koporat dengan modal berbayar minimum RM50,000, semua bengkel-bengkel di bawah PARS telah memenuhi keperluan ini bermula pada 1hb Januari 2006. Semakan menyeluruh PARS yang telah siap akan dilancarkan pada 2008.

Majlis Pengurangan Pencurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC)
Majlis Pengurangan Pencurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) telah digabungkan sebagai sebuah syarikat terhad oleh jaminan berkuatkuasa 30hb April 2007. Objektif utama VTREC ialah:-

  1. Untuk mencapai pengurangan pencurian kenderaan bermotor di tahap negara
  2. Untuk memudahkan kerjasama di antara pihak industri, kerajaan dan masyarakat yang mempunyai kepentingan untuk melaksanakan cadangan-cadangan Majlis yang berkaitan
  3. Untuk merumus dan mengemukakan cadangan-cadangan untuk perubahan merangkumi sektor kerajaan dan bukan kerajaan untuk langkah-langkah yang perlu bagi pengurangkan pencurian kenderaan bermotor.

Majlis ini dianggotai oleh:-

No. Organisation Nominee Designation
1. Polis DiRaja Malaysia Dato' Ismail bin Haji Omar Deputy Inspector-General of Police
2. Bank Negara Malaysia Dato' Muhammad bin Ibrahim Assistant Governor, Bank Negara Malaysia
3. Kementerian Pengangkutan Malaysia Pn. Rohaini Mohd Yusof Under Secretary, Land Division, Ministry of Transport
4. Malaysian Takaful Association En Mohd Tarmidzi bin Ahmad Nordin Chairman, Malaysian Takaful Association
5. Jabatan Pengangkutan Jalan Dato' Haji Solah Bin Mat Hassan Deputy Director General, JPJ
6. Kastam DiRaja Malaysia Tuan Haji Zainul Abidin Bin Taib Pengarah Kastam Bahagian Pencegahan
7. Persatuan Automotif Malaysia En. Khoo Khay Chye Vice President
8. Association of Malaysian Loss Adjusters (AMLA) En. Tan Ah Chuan Chairman, AMLA
9. PIAM Mr. Cliff Lee Koon Yew Chairman, PIAM
10. PIAM En. Muhamad Umar Swift Motor Convenor, PIAM
11. PIAM Mr. Kong Shu Yin CEO, Kurnia Insurans Bhd

Sejak penubuhannya, Majlis telah mengadakan dua mesyuarat dalam bulan September dan Oktober 2007 yang mana Timbalan Ketua Polis Negara, Y. Bhg. Tan Sri Mohd Najib telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis. Pengganti beliau, YDH Dato' Ismail bin Haji Omar telah dicalonkan oleh Polis DiRaja Malaysia sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Majlis menggantikan beliau yang telah bersara.

Satu kertas kerja konsep yang disediakan oleh PIAM telah dibentang dan dibincang di mesyuarat Majlis yang menyentuh perkara-perkara berikut:-

  • Visi dan Misi Majlis yang dicadangkan
  • Nilai-nilai Majlis yang dicadangkan
  • Matlamat strategik yang dicadangkan untuk 2008 yang merujuk kepada rancangan jangka pendek (iaitu inisiatif yang boleh diambil oleh pemegang saham masing-masing secara individu) dan pembangunan secara keseluruhannya inisiatif-inisiatif jangkamasa panjang (dengan pertukaran maklumat kecurian sebagai inisiatif utama)

Pengambilan Balik Kenderaan Curi Dari Luar Negara
Dengan kerjasama dari pihak Interpol Polis DiRaja Malaysia, Persatuan telah berjaya membawa balik kenderaan curi dari luar negara seperti berikut :-

Return Date Country No. of Vehicles Est. Total market Value/RM
19 March 2007 Hong Kong 8 950,000
3 March 2008 Singapore 45  4,400,000   

Pihak Kastam, Thailand juga telah memulangkan 5 kenderaan bernilai RM385,000 kepada kerajaan Malaysia pada Ogos 7, 2007.

Sistem Pengesahan NCD secara Online
Melalui sistem pengkalan data NCD ISM, industri telah melaksanakan secara mandatori pengesahan NCD secara "on-line" antara ahli persatuan bermula 1hb Jun 2007 bagi semua perniagaan baru insurans motor. Setakat November 2007, ISM telah melaporkan bahawa kadar pematuhan (compliance rate) secara keseluruhan adalah 85.3% dalam industri.

<< Laman Sebelumnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>

 

Copyright © 2001-2008,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Developed by Magnum InformationTechnology Sdn Bhd