INSURANS
KEBAKARAN
Kajian Risiko Bencana Alam
Bagi perkembangan kajian ini, Jawatankuasa Kecil Kebakaran sedang menganalisa
pengkalan data yang terdapat di ISM dengan tumpuan utama diberikan terhadap
banjir dan gempa bumi/tsunami.
Jawatankuasa Kecil berharap dapat membina pengkalan data yang lebih
komprehensif untuk risiko bencana dan merangka model risiko bencana
alam yang bersesuaian dengan keperluan penanggung-penanggung insurans
di Malaysia.
Cadangan Insurans Kebakaran Jangka Panjang
Buat masa ini, penanggung-penanggung insurans tidak dibenar mengeluarkan
insurans kebakaran jangka panjang di bawah Tariff Kebakaran. Memandangkan
adanya permintaan terhadap insurans jenis ini serta bagi mengekalkan
persaingan di dalam pasaran, Jawatankuasa Kecil Kebakaran telah merangka
cadangan untuk Insurans Kebakaran Jangka Panjang (IKJG) bagi membenarkan
penanggung-penanggung insurans menguderait insurans jenis ini untuk
pertimbangan ahli-ahli PIAM.
Perluasan Perlindungan Penyakit Berjangkit
atau Menjalar, Pencegahan Akses dan Perluasan
Pelanggan dan Pembekal-pembekal
Buat masa ini, had sebanyak 10% dari jumlah
diinsuranskan atau RM10 juta, yang mana lebih rendah,
dikenakan di bawah Tariff Kebakaran untuk perluasan
perlindungan terhadap penyakit-penyakit berjangkit
atau menjalar, pembunuhan, bunuh diri, haiwan perosak,
makanan atau minuman beracun, perlindungan kekurangan
penyelenggaraan kebersihan, Pencegahan Akses dan
Perluasan untuk Pelanggan dan Pembekal-pembekal di
bawah Polisi Kebakaran Kerugian Turutan.
Mulai 10hb Disember 2007, ahli-ahli syarikat
dibenarkan mengubah had sediada yang dikenakan
terhadap perluasan-perluasan bagi perlidungan di atas
tertakluk kepada kapasiti triti yang boleh diperolehi
daripada penanggung-penanggung insurans semula mereka.
<<
Laman Sebelumnya | Senarai Laman
| Laman Seterusnya >>
|