Home  
About PIAM  
PIAM Annual Report  
Management Committee  
PIAM's Role  
Complaints / Mediation  
List of
members
 
Products and Services  
PIAM Approved Repairers Scheme  
Consumer Resources  
News  
External Links  
Contact Us  
Search Our Site  
 

INSURANS MARIN DAN LAIN-LAIN

Perlindungan "Professional Indemnity" untuk Syarikat Keselamatan
Jawatankuasa Kecil Marine/Miscellanous Insurans telah menyiapkan garispanduan pengunderaitan termasuk borang cadangan standard, polisi/pengendorsan dan garispanduan pengkadaran untuk perlindungan "Professional Indemnity" untuk syarikat keselamatan dalam bulan Februari, 2008. Dokumen-dokumen ini telah diedarkan kepada ahli-ahli syarikat untuk digunakan sebagai amalan baik untuk insurans bagi syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan keselamatan.

Garis Panduan Pengunderaitan Bon
- Bon Imigresen Untuk Pekerja Asing
Berikutan kelulusan daripada BNM, syarikat insurans dibenarkan untuk mengeluarkan bon untuk pekerja-pekerja asing sehingga RM500,000 (had terdahulu RM250,000) had maksimum bagi setiap majikan atas bendungan bersih penanggung insurans tertakluk kepada had pendedahan maksimum keseluruhan perniagaan bon tidak melebihi 5% daripada jumlah premium kasar penanggung insurans berkenaan.

Penubuhan "Specialist Admiralty Court"
PIAM telah menyampaikan surat sokongan kepada Majlis Peguam atas cadangan menubuhkan "Specialist Admiralty Court", yang dibangkitkan semasa Persidangan Kebangsaan Maritim berlangsung dalam bulan Mac 2007. Persidangan sebulat suara bersetuju ianya adalah mustahak untuk melahirkan keyakinan global di Malaysia sebagai negara maritim, negara mesti mempunyai satu badan kehakiman dan sistem perundangan berkualiti, bebas dan cepat untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian maritim.

Program Latihan
Jawatankuasa Kecil Marine/Miscellaneous Insurans dan Jawatankuasa Kecil Insurans Perubatan dan Kesihatan telah merangka siri program latihan untuk industri bagi kelas liabiliti dan insurans perubatan untuk meningkatkan pemahaman dan meningkatkan kakitangan mahir dalam industri bagi kelas insurans ini.

Sesi-sesi latihan berikut telah dijalankan:-

  1. Professional Indemnity Insurance - 23hb April 2007
  2. Underwriting of Directors and Officers Liability Insurance and its Current Trends - 19hb Jun 2007
  3. Comprehensive General Liability - 11hb September 2007
  4. Portfolio Analysis for Medical Insurance - 30hb October 2007.
  5. Directors and Officers Insurance - The Value of Directors and Officer (D&O) Insurance Policy in current Corporate Environment - 26hb Februari 2008.
  6. Keys to Success on Medical Insurance - 13hb Mac 2008.
  7. Political Risk - 31hb Mac 2008.

<< Laman Sebelumnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>

 

Copyright © 2001-2008,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Developed by Magnum InformationTechnology Sdn Bhd