Home  
About PIAM  
PIAM Annual Report  
Management Committee  
PIAM's Role  
Complaints / Mediation  
List of
members
 
Products and Services  
PIAM Approved Repairers Scheme  
Consumer Resources  
News  
External Links  
Contact Us  
Search Our Site  
 

INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN (IPK)

Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC) PIAM, LIAM, NIAM Dan MTA untuk Perubatan Dan Insurans Kesihatan
Pengerusi JTC dilantik secara bergilir dikalangan empat Persatuan yang terlibat bagi setiap dua tahun. Cik Christine Teh Chooi Hoon dari Berjaya Sompo Insurance Bhd telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC) Insurans Perubatan dan Kesihatan mulai 1hb Januari 2007 mewakili PIAM.

Objektif JTC adalah untuk mengkaji semula amalan-amalan semasa bagi isu-isu berkaitan insurans perubatan dan kesihatan dimana mungkin, menyelaraskan amalan-amalan antara syarikat-syarikat insurans am dan hayat dan pengendali takaful.

JTC pada masa ini sedang mendraf borang laporan perubatan standard untuk digunapakai oleh industri bagi memudahkan tugas pegawai perubatan/doktor oleh kerana pada masa ini syarikat insurans am dan hayat menggunakan borang yang berbeza.

Majlis Rangkaian berkaitan “Insurans Perbelanjaan Perubatan” untuk Pengurus Tuntutan
Satu Majlis Rangkaian berkaitan dengan insurans perbelanjaan perubatan untuk pengurus tuntutan telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama pada 27hb Jun 2007 dengan tujuan berkongsi maklumat dan pengalaman tuntutan. Empat pakar industri dalam tuntutan insurans perubatan menyertai panel perbincangan.

ICD Coding Training for the Industry
Dua-hari sesi latihan mengenai ICD 10 (diagnosis Coding) dan ICD 9 CM (Procedure Coding) telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama untuk memberi maklumat dan panduan kepada industri mengenai prosedur dan teknik coding.

Latihan tersebut telah dikendalikan oleh perunding dari Unit Case Mix, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejumlah 51 peserta menyertai sesi latihan dalam 2 kumpulan dengan sesi pertama diadakan pada 9hb dan 10hb Julai 2007 dan sesi kedua pada 18hb dan 19hb Julai 2007.

<< Laman Seterusnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>

 

Copyright © 2001-2008,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Developed by Magnum InformationTechnology Sdn Bhd