PENDIDIKAN
Pameran Latihan Kerjaya Malaysia 2007
Pihak persatuan telah menyertai Pameran Latihan Kerjaya
Malaysia 2007 yang keenam yang telah diadakan di Kuala
Lumpur. Pihak persatuan telah diberikan masa sejam
untuk memberi taklimat berkenaan peluang-peluang
pekerjaan dan membina kerjaya di dalam industri insurans.
Seramai 80,000 pelawat telah menghadiri Pameran Latihan
Kerjaya ini dan mencatatkan satu rekod baru dengan
menawarkan peluang pekerjaan sebanyak 15,000 dan
disertai oleh 160 syarikat.
Program Meningkatkan Tenaga Mahir dalam
Sektor Kewangan (FSTEP)
Pembangunan sumber manusia adalah salah satu daripada
fakta yang menentukan persaingan di peringkat nasional,
terutamanya dalam menyokong permintaan industri yang
semakin berkembang disamping mendorong ekonomi yang
kian menjurus ke arah perkhidmatan serta pengetahuan.
Di dalam usaha untuk melahirkan kumpulan tenaga kerja
mahir dan berkaliber yang bakal menerajui industri
pada masa depan, BNM bersama-sama institusi-institusi
kewangan telah memperkenalkan Program Meningkatkan Tenaga
Mahir dalam Sektor Kewangan (FSTEP). Program ini
bertujuan menarik penuntut yang berkaliber tinggi dan baru
menamatkan pengajian tinggi tempatan atau luar negara
untuk meneruskan kerjaya dalam industri kewangan. Program
tajaan industri kewangan ini menyediakan latihan teknikal
yang komprehensif dan intensif selama satu tahun dalam
bidang insurans atau perbankan termasuk kewangan Islam
dan takaful. Program ini telah bermula dengan pengambilan
kumpulan pertama sebanyak 297 peserta yang dipilih daripada
2,900 pemohon.
<<
Laman Sebelumnya | Senarai Laman
| Laman Seterusnya >>
|