PERHUBUNGAN AWAM
Hari Insurans, 2007
Sempena Hari Insurans 2007, PIAM telah melancarkan
satu kempen keselamatan jalan raya yang ditujukan khas
kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.
Kempen tersebut yang berlansung selama 2 bulan
bertujuan mendidik pelajar-pelajar supaya
"berhemah di jalan raya" melalui rangkaian komik
dan poster kreatif. Rangkaian komik dan poster
tersebut mempaparkan maskot yang dikenali sebagai
"Wira Jalan Raya (Wira J)" yang direka khas oleh
kartunis terkenal Reggie Lee untuk menarik
perhatian pelajar-pelajar supaya mematuhi
undang-undang keselamatan jalan raya.
Kempen ini terbahagi kepada dua peringkat.
Kempen peringkat pertama yang dilancarkan
dengan sokongan Jabatan Keselamatan Jalan Raya,
adalah penyebaran poster-poster ke sekolah-sekolah
untuk mempromosikan kepentingan memakai
topi keledar, keselamatan menunggang basikal
dan prosedur yang betul untuk melintas jalan
raya. Kempen peringkat kedua pula memperkenalkan
rangkaian komik yang direka oleh Reggie Lee
dan dicetak di ruangan "pendidikan" dalam
dua akhbar tempatan. Mesej-mesej yang
digambarkan di dalam rangkaian tersebut
adalah sama tetapi lebih menarik untuk
kanak-kanak. Untuk memeriahkan lagi pelancaran
peringkat kedua kempen ini, pihak persatuan
telah menganjurkan satu peraduan mewarna.
Seramai 50 kanak-kanak yang berumur 9 tahun
ke bawah telah mengambil bahagian dalam
peraduan ini yang dijayakan bersama The New
Straits Times. Kempen ini juga sejajar dengan
inisiatif kerajaan untuk mempromosikan kempen
keselamatan jalan raya di kalangan pelajar-pelajar.
Bengkel Pendidikan Media Mengenai Insurans
Untuk Peniaga Kecil dan Sederhana
PIAM telah menganjurkan satu bengkel pendidikan
untuk pihak media pada 29 Ogos 2007 di Kuala
Lumpur. Tujuan utama bengkel pada tahun ini
adalah untuk berkongsi dengan wakil-wakil media
tentang pentingnya insurans kepada peniaga
kecil dan sederhana serta cara mereka boleh
melindungi perniagaan mereka melalui
produk-produk dan perkhidmatan yang disediakan
oleh syarikat-syarikat insurans.
Tujuan bengkel ini adalah untuk mendidik pihak media
supaya mereka dapat membuat laporan dengan tepat
dan menyampaikan aspek-aspek positif tentang
insurans kepada orang ramai.
<<
Laman Sebelumnya | Seranai Laman
| Laman Seterusnya >>
|