- Keahlian Persatuan

Sehingga 1hb April 2009, terdapat 39 buah syarikat insurans yang
beroperasi di Malaysia yang meliputi 23 buah syarikat insurans am, 10 syarikat
komposit dan 6 penginsurans am semula. Daripada 39 ahli, 24 buah syarikat
merupakan syarikat tempatan dan 15 lagi adalah syarikat milik luar negara.
- Bahagian Pasaran Insurans Am

Industri insurans am merekodkan peningkatan dalam premium bertulis kasar sebanyak 8.37%
pada 2008 mencapai RM11.323 bilion (2007: 3.57%, RM10.448 bilion). Premium bersih
meningkat pada kadar 10.15% hingga RM7.996 bilion. Premium langsung kasar meningkat
8.49% hingga RM10.896 bilion berbanding RM10.043 bilion pada tahun 2007.
Sektor motor merekodkan premium bertulis kasar sebanyak RM4,911.6 juta iaitu kenaikan
sebanyak 10% berbanding pada tahun lepas (2007: 1.9%, RM4,460 juta). Sektor kebakaran
merekodkan kenaikan dalam premium bertulis kasar sebanyak 6% pada 2008 (2007:1.3%)
Sektor motor telah menguasai pasaran dengan premium langsung kasar sebanyak 43.4%
(2007:42.6%). Sementara pasaran bagi sektor kebakaran dan "MAT & offshore related"
masing-masing merekodkan sedikit penurunan pada kadar 18.8% dan 11.0% pada tahun
2008. Insurans kemalangan diri (PA), MHI, semua risiko kontraktor dan kejuruteraan,
liabiliti dan WC & EL mencapai bahagian pasaran masing-masing sebanyak 7.6%, 4.9%,
4.0%, 3.4% dan 1.3%.
- Nisbah Tuntutan Bersih Kena Bayar (NCIR) bagi Sektor-sektor

NCIR untuk semua sektor merekodkan sedikit penurunan dari 66.6% pada 2007 kepada
65.5% pada 2008. Nisbah yang disatukan juga menurun pada 2008 iaitu 97.9%
berbanding dengan 100.2% pada 2007.
Sektor permotoran mengalami kenaikan nisbah tuntutan sebanyak 82.7% pada tahun 2008
(2007: 80.3%). Nisbah tuntutan motor - "Perlindungan Akta" telah merakamkan
kemerosotan sehingga 255.4% berbanding dengan 242.7% pada tahun lepas. Catatan
kenaikan nisbah tuntutan juga jelas dalam sektor WC & EL, marine hull, aviation dan
kemalangan diri. Sektor lain merakamkan penurunan dalam nisbah tuntutan.
- Margin Pengunderaitan

Industri insurans telah merekodkan margin pengunderaitan sebanyak RM160 juta
pada tahun 2008 berbanding dengan margin pengunderaitan negatif sebanyak RM123
juta pada 2007. Perbelanjaan pengurusan dan nisbah komisen masih stabil.
Senari
Laman | Laman Seterusnya >>