Home  
About PIAM  
PIAM Annual Report  
Management Committee  
PIAM's Role  
Complaints / Mediation  
List of
members
 
Products and Services  
PIAM Approved Repairers Scheme  
Consumer Resources  
News  
External Links  
Contact Us  
Search Our Site  
 

AKTIVITI-AKTIVITI PIAM

PERKEMBANGAN DALAM INDUSTRI INSURANS AM

Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko

Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko (RBC) yang diterbitkan pada April 2007 bagi tujuan pendedahan dan kaedah ujian selari, akhirnya berkuat kuasa pada 1hb Januari 2009. Rangka kerja RBC merupakan satu rangka kerja kecukupan modal (capital adequacy) bagi semua penanggung insurans termasuk penanggung insurans semula yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996. Rangka kerja ini memerlukan setiap penanggung insurans mengekalkan tahap kecukupan modal, yang setara dengan profil risiko masing-masing. Rangka kerja ini direka berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

  1. Membolehkan penanggung insurans beroperasi dengan lebih fleksibel dan pada tahap risiko yang sejajar dengan strategi perniagaan mereka, selagi tahap kecukupan modal dikekalkan dan penanggung insurans mematuhi amalan berhemat yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM);

  2. Kaedah pengkuantitian yang jelas terperinci penimbal pruden yang telah ditetapkan dalam rangka kerja penilaian dan kesolvenan yang sedia ada dan bertujuan meningkatkan lagi tahap ketelusan;

  3. Penyatuan amalan antarabangsa adalah digalakkan bagi tujuan untuk meningkatkan kebolehbandingan dengan jurisdiksi lain dan juga mengurangkan peluang penimbangtaraan berperaturan dalam sektor perniagaan;

  4. Menyediakan satu sistem peggera amaran terhadap sebarang kemerosotan yang ketara pada tahap kecukupan modal, untuk membolehkan langkahlangkah kawalan awalan dilaksanakan, di mana perlu; dan

  5. Penanggung insurans digalakkan untuk membina sebuah infrastruktur risiko pengurusan yang bersesuaian serta mengamalkan tindakan pruden. Sebagai contoh (di bawah rangka kerja ini), tahap modal yang diperlukan bagi setiap penanggung insurans adalah bergantung kepada faktor qualitatif yang mempengaruhi pemilihan profil risiko seperti kualiti Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan pengurusan, tahap kawalan risiko dalaman yang mencukupi dan proses pengawalan.

Di bawah rangka kerja ini, setiap penanggung insurans perlu menentukan tahap modal di dalam tabungan organisasinya sendiri dan juga tabungan pemegangpemegang saham adalah mencukupi untuk menampung "Jumlah Modal Yang Diperlukan" (Total Capital Required atau TCR) yang juga bertindak sebagai penunjuk kepada keanjalan kewangan penanggung insurans. Rangka kerja ini diimplimentasi berasaskan semua penanggung insurans melaksanakan risiko pengurusan dan tadbir urus amalan pasaran dengan lebih efektif dan berkesan. Ini termasuk semakan berkala terhadap strategi dan polisi dalaman, dan proses membuat keputusan oleh Lembaga Pengarah serta kakitangan pengurusan kanan organisasi penanggung insurans berhubung dengan risiko yang ditanggung. Penanggung insurans juga perlu mengurus tahap kecukupan modal secara aktif dengan mengambil kira potensi impak terhadap strategi perniagaan kepada profil risiko dan keanjalan kewangannya. Tanggungjawab mengimplementasi langkah risiko pengurusan dan tadbir urus amalan pasaran yang berkesan diletakkan pada Lembaga Pengarah dan kakitangan pengurusan kanan organisasi penanggung insurans. Lembaga Pengarah dan kakitangan pengurusan kanan organisasi penanggung insurans juga bertanggungjawab untuk memastikan risiko yang tidak diberi perhatian dalam rangka kerja ini perlu dikenal pasti, dipantau dan dikawal secukupnya.

Impak Kenaikan Harga Kepada Industri Insurans Am

Kenaikan harga minyak seluruh dunia pada tahun 2008, menyebabkan kenaikan harga yang luar biasa kepada kebanyakan produk-produk konsumer. Industri insurans am juga turut merasai kesan kenaikan harga ini dan bertindak dengan menyerapkan perlaksanaan pengunderaitan yang lebih berhemat dan berhati-hati.

Penanggung insurans telah mengambil langkah yang berpatutan dalam menangani impak ke atas portfolio insurans kenderaan. Portfolio insurans kenderaan meliputi 44.3% dari keseluruhan perniagaan insurans am di Malaysia dan pada tahun 2007, industri insurans am telah membayar sebanyak RM3.49 bilion atau purata RM9.6 juta sehari untuk tuntutan insurans kenderaan sahaja, dari jumlah premium kasar sebanyak RM4.68 bilion yang dipungut pada tahun itu. Nisbah gabungan tuntutan pada tahun 2007 adalah sebanyak 114 peratus dan merosot lagi kepada 121 peratus pada enam bulan pertama tahun 2008. Syarikat-syarikat insurans am di Malaysia telah menanggung nisbah tuntutan yang tinggi iaitu melebihi 100 peratus sejak lima tahun kebelakangan ini. Ini berpunca daripada peningkatan kecurian kenderaan dan kemalangan jalan raya dan juga kenaikan yang tinggi ke atas kos tuntutan setiap kemalangan terutamanya tuntutan pada kecederaan anggota diri pihak ketiga.

Bas ekspres dan kenderaan barangan adalah penyumbang utama yang menyebabkan kerugian kepada insurans kelas kenderaan dan mencatatkan nisbah tuntutan tertinggi. Pada tahun 2007, nisbah gabungan tuntutan bagi bas ekspres adalah 335 peratus, diikuti oleh kenderaan barangan sebanyak 155 peratus. Peningkatan tuntutan kenderaan oleh pemandu muda, juga amat membimbangkan. Statistik industri insurans mencatatkan nisbah tuntutan yang disumbangkan oleh pemandu di bawah usia 25 tahun adalah 40 peratus lebih tinggi berbanding dengan pemegang insurans yang lain. Peningkatan nisbah tuntutan kenderaan telah menyebabkan penanggung insurans mengambil pendekatan pengunderaitan yang lebih ketat untuk insurans kenderaan, termasuk penggunaan bebanan premium (premium loadings).

Tindakan Swaatur - Pembentukan Jawatankuasa Etika

Jawatankuasa Pengurusan PIAM telah mencadangkan pembentukan satu Jawatankuasa Etika untuk menyelesaikan sebarang aduan mengenai tindakan yang tidak beretika oleh ahli-ahli persatuan. Jawatankuasa ini juga akan dipertanggungjawabkan untuk menangani sebarang aduan yang diterima daripada ahli-ahli dengan cara "pre-emptive" iaitu dengan menangangi aduan tersebut secepat mungkin supaya dapat mengawal sebarang salah amalan sebelum ianya menimbulkan gangguan kepada industri.

Di antara peranan-peranan penting Jawatankuasa Etika adalah:

  1. Jawatankuasa Etika mempunyai bidang kuasa terhadap sebarang pelanggaran pada peraturan serta tatatertib amalan yang telah didokumenkan oleh persatuan.

  2. Jawatankuasa Etika ini akan mempunyai 5 orang ahli iaitu, seorang pengerusi bebas, dari luar industri insurans, seorang naib pengerusi yang mewakili Jawatankuasa Pengurusan PIAM dan 3 orang lagi ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif dari ahli persatuan.

  3. Tugas dan kuasa Jawatankuasa Etika adalah:

    1. Menerima dan menyiasat samada aduan yang diterima adalah berasas atau tidak.

    2. Memberi cadangan khas dan juga cadangan yang lebih umum kepada Jawatankuasa Pengurusan setelah meneliti siasatan dan pandangan berhubung aduan-aduan yang diterima. Langkah ini adalah untuk mewujudkan amalan industri insurans yang lebih beretika.

Dari segi persediaan, PIAM sedang berusaha untuk membuat pindaan-pindaan yang relevan pada Perlembagaan PIAM. Pindaaan-pindaan ini akan membantu Jawatankuasa Pengurusan dalam pembentukan Jawatankuasa Etika dan resolusi untuk mengguna pakai pindaan-pindaan ini pada Mesyuarat Agong Khas telahpun dirangka. Pihak persatuan sedang mempertimbangkan cadangan BNM agar peranan Jawatankuasa Etika diperluaskan lagi menjadi Jawatankuasa Etika "payung" ("umbrella" Ethics Committee) yang merangkumi insurans am, hayat dan takaful. Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Pengurusan PIAM sedang berbincang dengan LIAM dan MTA mengenai pendekatan yang terbaik yang perlu diambil dalam usaha pembentukan Jawatankuasa Etika "payung".

Mesyuarat Suku Tahun di antara BNM dan Jawatankuasa Pengurusan PIAM

Mesyuarat yang dianjurkan setiap suku tahun di antara BNM dan Jawatankuasa Pengurusan PIAM merupakan satu usaha untuk merapatkan lagi hubungan di antara ke dua belah pihak. Mesyuarat ini menyediakan satu pelantar untuk PIAM mengutarakan isu-isu berhubung dengan industri insurans serta menyampaikan maklumat semasa mengenai perkembangan pasaran dan projek-projek serta membincangkan isu-isu kepentingan bersama ahli-ahli PIAM. Perjumpaan ini adalah amat penting dan berguna kepada semua ahli PIAM dan Jawatankuasa Pengurusan. Beberapa isu yang dihadapi oleh industri insurans telah diselesaikan melalui perjumpaan yang efektif ini.

Mesyuarat Perhubungan dengan Persatuan Insurans Am Brunei (GIAB), Indonesia (AAUI) dan Singapura (GIAS)

Jawatankuasa PIAM mempunyai hubungan yang rapat dengan semua Persatuan Insurans Am di rantau ini. Mesyuarat Perhubungan (Liaison Meeting) di antara PIAM dengan Ahli Jawatankuasa Pengurusan GIAB, AAUI dan GIAS diadakan setiap tahun. Penganjuran mesyuarat ini dibuat secara bergilirgilir di antara PIAM dan persatuan-persatuan tersebut.

Pada tahun 2008, Jawatankuasa Pengurusan PIAM telah menganjurkan beberapa mesyuarat dengan Persatuan Insurans Am Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura. Jawatankuasa Pengurusan PIAM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Perhubungan dengan Brunei dan Singapura. Mesyuarat ini diadakan di Malaysia Timur. Manakala Assosiasi Asuransi Umum Indonesia (AAUI) pula menjadi tuan rumah untuk mesyuarat perhubungan pada tahun ini yang diadakan di Bandung, Indonesia.

Mesyuarat ini merupakan satu pelantar untuk bertukar informasi dan memberi gambaran yang jelas berhubung perkembangan industri insurans am di negara masing-masing serta menggalakkan kerjasama untuk mengatasi isu-isu yang mempengaruhi industri tersebut.


PIAM/AAUI Liaison Meeting in Bandung, Indonesia


PIAM/GIAS/GIAB Liaison Meeting in Kota Kinabalu, Sabah

Kongres Insurans Asia Timur ke 24
24 - 27 November 2008, Hong Kong


Kongres Insurans Asia Timur (EAIC) ke 24 yang dianjurkan oleh ahli-ahli EAIC diadakan di Hong Kong dari 24hb hingga 27hb November 2008. Kongres ini diadakan setiap 2 tahun sekali. Pada tahun 2008, The Hong Kong Federation of Insurers telah menjadi tuan rumah kepada kongres yang ke 24 ini. Lebih daripada 1,100 peserta dari 11 ahli kongres dan 33 negara menghadiri kongres ini. Tema pada persidangan ini adalah "Staying Ahead - East Asian Insurers in the Era of Global Challenges". Tema ini merangkumi tiga masalah kritikal yang sedang kita hadapi pada era ini iaitu keganasan, keadaan kemerosotan cuaca dan penduduk kian berumur - yang mana ketiga-tiga masalah ini akan memberi cabaran dan juga peluang kepada industri insurans am dan insurans hayat.

Kongres ini memberi satu ruangan forum yang sangat baik kepada penanggung insurans dari rantau ini dan juga dari seluruh dunia untuk menghargai pandangan dari pakar tentang isu-isu semasa yang melibatkan semua pihak dan pendekatan yang terbaik untuk mengatasi isu-isu tersebut. EAIC yang berikutnya, akan diadakan di Bali, Indonesia pada 2010 dan Kuala Lumpur pula akan menjadi tuan rumah pada tahun 2012.

<< Laman Sebelumnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>

 

Copyright © 2001-2011,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Developed by Magnum Information Technology Sdn Bhd