![]() |
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||
Setakat 31hb Disember 2008, jumlah agensi insurans am yang didaftarkan adalah 38,766, mewakili penurunan sebanyak 1% berbanding jumlah 39,165 agensi insurans am yang didaftarkan pada tahun 2007. 49% (18,864) ejen-ejen yang berdaftar berurus niaga dengan satu Prinsipal sahaja.
Agihan agen mengikut negeri-negeri di Malaysia dan Singapura adalah seperti berikut:-
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sistem Pendaftaran Agen Secara Online (OARS)
Pendaftaran agensi telah dperkenalkan pada tahun 1988 dibawah Persetujuan Agensi
Antara Penanggung Insurans. Penyerahan dokumen dan proses pendaftaran agen
dilakukan secara manual dan pembayaran dibuat melalui kiriman wang pos bagi setiap
permohonan agensi.
Menggunakan faedah IT, pendaftaran agensi secara "online" (OARS) bagi agen telah
dilaksanakan pada Jun 2005. Dibawah OARS, masa diambil untuk memproses pendaftaran
agen telah dikurangkan dengan ketaranya daripada 10-14 hari dibawah sistem manual
kepada 1-2 hari dibawah sistem online. Cara pembayaran juga telah digantikan dengan
bil bulanan melalui OARS bagi memudahkan pengurusan proses pembayaran oleh agen.
Sejak perlaksanaan OARS, sejumlah 26,000 permohonan telah dikendalikan melalui sistem
ini.
OARS yang sedia ada telah lalui beberapa pembaharuan dan ciri-ciri serta kemudahan yang
baru telah diperkenalkan bagi pelbagai modul dalam OARS dan dilaksanakan pada
20hb November 2008.
Percetakan Polisi oleh Agen
Yuran Akses Internet oleh Agen
Berikutan kelulusan oleh Bank Negara Malaysia, peraturan penambahan berikut berkenaan dengan bayaran kepada agen telah dilaksanakan mulai 1hb September 2008:-
Percetakan Polisi oleh Agen
Agen dibenarkan untuk pembayaran balik oleh syarikat insurans
bagi kos percetakan polisi tidak melebihi RM5.00 bagi setiap
polisi (termasuk semua penggunaan, alat tulis dan usaha usaha
dilakukan bagi 'data-entry') bagi semua polisi baru dan
pembaharuan polisi
Yuran Akses Internet Oleh Agen
Yuran akses internet tidak melebihi RM100.00 bagi setiap bulan
dibenarkan untuk dibayar oleh syarikat insurans kepada agen mereka.
Pengiklanan Laman Web oleh Agen
Dengan kemajuan teknologi maklumat (IT), agen kemungkinan ingin promosikan dan
mengiklankan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi mereka melalui
laman web.
Untuk memastikan kepentingan orang awam dan syarikat insurans dilindungi, satu
garispanduan merangkumi tanggungjawab agensi mengenai sebarang pengiklanan yang
dibuat oleh Agen Berdaftar melalui laman web internet berkaitan dengan semua
jenis produk insurans dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Agen (termasuk
pihak yang dikecualikan daripada pendaftaran di Jadual Kedua) telah dilaksanakan
mulai 13hb November 2008.
Garispanduan bagi Keperluan CBC
Untuk lebih mengukuhkan pematuhan agen dengan Garispanduan bagi Keperluan CBC,
peraturan Penggantungan dan Penamatan bagi tidak-pematuhan dengan Keperluan CBC
telah diperbaharui mulai 1hb Oktober 2008:-
denda penggantungan berasaskan agen iaitu penggantungan dikenakan keatas agen bagi kedua syarikat insurans jika agen tersebut tidak mematuhi Keperluan CBC bagi mana-mana 3 laporan suku-tahun didalam sebuah tempoh dua-tahun. (Sebelum ini, denda penggantungan dikenakan keatas agen bagi sesebuah syarikat insurans sahaja dimana agen tersebut tidak mematuhi Keperluan CBC bagi mana-mana 3 laporan suku-tahun).
setelah luputan penggantungan dan jika agen yang sama tidak mematuhi Keperluan CBC bagi mana-mana laporan suku-tahun seterusnya bagi mana-mana syarikat insurans, sijil pendaftaran agen tersebut akan dibatalkan dan pendaftaran dilarang bagi tempoh 12 bulan bagi kedua-dua syarikat insurans.
<< Laman Sebelumnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>