Home  
About PIAM  
PIAM Annual Report  
Management Committee  
PIAM's Role  
Complaints / Mediation  
List of
members
 
Products and Services  
PIAM Approved Repairers Scheme  
Consumer Resources  
News  
External Links  
Contact Us  
Search Our Site  
 

INSURANS KENDERAAN

PERATURAN AM NO. 33 TARIF MOTOR

- Hadiah Promosi kepada Pemegang polisi

Industri ini telah bersetuju bahawa peruntukan untuk Hadiah Promosi kepada Pemegang Polisi di bawah Peraturan Am No. 33, Tarif Motor dihapuskan untuk mengelakkan persekitaran persaingan yang tidak sihat dan menambah kepada kos-kos operasi perniagaan insurans motor.

Mulai 1hb Julai 2008, semua bentuk hadiah dan barangan promosi adalah tidak dibenarkan di bawah kelas perniagaan Motor. Larangan ini juga diperluaskan untuk merangkumi penggunaan pihak-pihak lain atau sebarang kerjasama khas dengan mana-mana pihak lain oleh ahli-ahli PIAM untuk menyediakan semua bentuk hadiah dan barangan promosi. Ahli-ahli walau bagaimanapun dibenarkan untuk terus menyediakan Program Bantuan Jalanan kepada pemegang polisi.

Perluasan Bagi Pampasan Untuk Masa Pembaikan Taksiran (CART) Manfaat untuk pemegang-pemegang Polisi Motor Komprehensif

Mulai 15hb April 2009, perluasan manfaat CART boleh didapati untuk pemegang polisi motor komprehensif, di mana mereka boleh memilih untuk membeli manfaat tersebut dengan premium tambahan.

Di bawah perluasan perlindungan ini, pemegang polisi boleh menuntut kerugian atas hilang kegunaan kenderaan akibat dari kemalangan jalan raya daripada penanggung insurans mereka sendiri (tanpa menjejaskan hak mereka untuk membuat tuntutan daripada penanggung insurans pihak ketiga) dan juga diskaun tanpa tuntutan mereka tidak akan terjejas.

Pihak diinsuranskan mempunyai pilihan untuk memilih bilangan hari maksima (sama ada 7, 14 atau 21 hari) dan amaun pampasan sehari (sama ada RM50, 100 atau 200) untuk perlindungan di bawah perluasan ini.

Pelaksanaan Sistem Secara Langsung (On-line) Knock-for-Knock (KfK)

Satu kumpulan kerja kajian semula Perjanjian KfK sedang meneliti cadangan untuk mengadakan satu sistem pertanyaan secara on-line untuk mempercepatkan proses KfK dan menyediakan maklumbalas secara terus menggantikan proses manual masa kini. Sistem yang dicadangkan ini akan merangkumi pemberitahuan/pengesahan, kelulusan KfK, penghantaran dokumen serta menjana laporan berguna seperti "Aging report" untuk membolehkan analisa dijalankan dan menentukan sesuatu tanda ukur.

Kumpulan kerja ini masih diperingkat mengenal pasti pembekal perkhidmatan yang akan dilantik untuk membangunkan sistem.

Insurans Motor - Kenderaan "Beyond Economic Repair" (BER)

Sebahagian daripada usaha-usaha untuk memperkukuhkan proses melibatkan kenderaan BER bagi mencegah kes-kes pencurian kereta, industri ini telah memutuskan bahawa, penanggung insurans dan pengendali-pengendali Takaful akan memastikan bahawa semua kenderaan BER yang telah diperbaiki dihantar ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan dan kad pendaftaran kenderaan hanya akan diberikan oleh penanggung insurans/pengendali takaful kepada pihak yang berkenaan setelah penerimaan pensijilan yang memuaskan daripada PUSPAKOM pada kenderaan yang telah dibaiki dan layak dipandu di jalan raya.

Skim Bengkel-Bengkel yang Diluluskan oleh PIAM

Jumlah bilangan bengkel-bengkel diluluskan pada 31hb Disember 2008 adalah 832 dan agihan mengikut negeri adalah seperti berikut:-

1. KUALA LUMPUR (WP) 118
2. SELANGOR 214
3. PULAU PINANG 50
4. SARAWAK 55
5. JOHOR 110
6. PERAK 61
7. NEGERI SEMBILAN 36
8. MELAKA 20
9. PAHANG 41
10. KELANTAN 15
11. TERENGGANU 17
12. PERLIS 3
13. KEDAH 40
14. SABAH 52
TOTAL832 

Berikutan kajian semula syarat-syarat PARS, syarat-syarat tambahan telah dikenakan untuk meningkatkan standard perkhidmatan, kualiti dan profesionalisme bagi bengkel-bengkel serta untuk melindungi kepentingan pengguna. Bermula 1hb Julai 2008, pemohon-pemohon PARS perlu mempunyai dana pemegang saham minimum RM100,000/ - sebagai tambahan kepada keperluan modal berbayar minimum RM50,000/-. Insurans Kecurian juga diperlukan disamping Insurans Kebakaran dan Insurans Liabiliti Awam dengan had RM300,000 atau mengikut jumlah yang disyorkan oleh pihak Adjusters, yang mana lebih tinggi.

Kajian Komprehensif Penipuan Tuntutan Pihak Ketiga Kecederaan Anggota (TPBI)

Pertubuhan Kebangsaan Tuntutan Insurans (NICS) telah ditugaskan menjalankan kajian tersebut di atas di Malaysia. Tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan maklumat tepat untuk syarikat insurans, perantara-perantara dan pihak pengurusan atasan supaya potensi risiko penipuan dalam tuntutan insurans motor TPBI boleh dikenal pasti dan dikurangkan sebanyak mungkin melalui pelaksanaan strategi-strategi berkesan untuk mencegah, mengesan dan mengatasi penipuan sepertinya terhadap penanggung insurans.

Satu Pasukan Petugas terdiri wakil-wakil daripada PIAM, NICS, Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Insurance Services Malaysia Berhad (ISM) dan Persatuan Penyelaras Kerugian Kebangsaan (AMLA) telah ditubuhkan bagi mengkaji hasil laporan dan mengemukakan cadangan-cadangan mereka. Cadangan-cadangan tersebut telah diedarkan kepada ahli-ahli PIAM untuk pandangan dan maklum balas ahli-ahli.

Pengambilan Balik Kenderaan Curi Dari Luar Negara

Dengan kerjasama dari pihak Interpol Polis DiRaja Malaysia, Persatuan telah berjaya membawa balik kenderaan curi dari luar negera seperti berikut:-

Return Date Country No. of Vehicles Recovered Est. Total market Value/RM
3rd March 2008 Singapore 46 4,428,750
19th November 2008 Thailand 9 129,000

Laporan Penemuan Semula Kenderaan Curi Dari Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman

Sejak 8hb Oktober 2007, PIAM telah menerima laporan mingguan kenderaan curi yang telah dijumpai dari balai polis seluruh negara melalui pejabat, Bukit Aman dan maklumat ini diedarkan dengan segera kepada ahli-ahli syarikat melalui PIAM Circular Distribution System (CDS).

Pemberitahuan awal maklumat tersebut oleh pihak Polis adalah penting dan efektif kerana ianya membantu bagi mengelakkan penglibatan orang tengah dan tindakan segera boleh diambil oleh penanggung insurans untuk mengekalkan kondisi kenderaan selepas penemuan semula. PIAM bekerjasama dengan ISM dan pihak polis untuk meningkatkan kualiti maklumat diterima termasuk keperluan untuk mengautomasikan proses pemadanan maklumat yang diterima dengan rekod syarikat insurans masing-masing bagi segera mengenal pasti kenderaan masing-masing.

Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTREC)

Dalam tahun dibawah Lapuran ini, dua (2) mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan yang dipengerusikan oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara. Antara keputusan yang diambil adalah:

  1. Jemputan kepada PUSPAKOM Sdn Bhd untuk menjadi salah satu ahli Lembaga Pengarah untuk perwakilan yang lebih efektif.

  2. Pembentukan satu tabung amanah oleh PIAM untuk pengurusan sumbangan dana Tabung Kecurian yang diterima daripada ahli-ahli PIAM dan MTA kepada VTREC.

  3. Pembentukan satu Jawatankuasa Kerja terdiri daripada pelbagai pihak yang kepentingan dan diketuai oleh seorang pegawai kanan atasan polis dari Bukit Aman.

Jawatankuasa Kerja ini diberi mandat untuk menjalankan berbagai kajian dan cadangan-cadangan yang perlu kepada Lembaga Pengarah dalam 3 isu strategik, iaitu: -

  1. Pertukaran maklumat di kalangan pihak-pihak yang berkaitan

  2. Prosedur untuk pengambilan balik domestik, dan

  3. Langkah pencegahan terhadap pemasaran kereta curi.

Beberapa mesyuarat dan perbincangan telah diadakan oleh Jawatankuasa Kerja dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan (Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan), sektor pertubuhan awam (Persatuan Bank-bank Malaysia, Persatuan Syarikat-syarikat Sewa Beli Malaysia, Persatuan Syarikat-syarikat Kewangan Malaysia, Persatuan Peniaga Alat Ganti Kejuruteraan dan Kenderaan Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan pembekal perkhidmatan (HeiTech Padu Bhd, Masterplan Sdn Bhd, DGKOM Sdn Bhd , Commitel Sdn Bhd , Web Power Sdn Bhd dan Tiburon Inc [USA]).

Antara cadangan Jawatankuasa Kerja yang telah dipertimbangkan oleh ahli Lembaga termasuk:

  1. Jemputan kepada persatuan pengilang alat ganti dan pengedar ke Jawatankuasa Kerja,

  2. Memperbaiki prosedur berkaitan kenderaan "Beyond Economic Repair"

  3. Pemasangan sistem keselamatan kenderaan dan insentif daripada syarikat insurans, dan

  4. Integrasi antara sistem polis dan JPJ.

  5. Urus niaga dengan ejen untuk pengambilan balik kenderaan curi yang hanya sekadar menjual maklumat kenderaan curi yang dijumpai adalah merupakan faktor penyumbang kepada amalan-amalan rasuah dan ahli-ahli syarikat telah dinasihati supaya tidak berurusan dengan ejen-ejen seperti ini.

VTREC sedang dalam proses menganjurkan satu seminar dalam 2009 dengan penceramah-penceramah daripada National Vehicle Theft Reduction Council Australia, Motor Insurance Repair Research Centre (Thatcham) United Kingdom dan Hong Kong Police Force dengan tujuan berkongsi pengalaman mereka dalam memerangi ancaman kecurian kenderaan.

<< Laman Sebelumnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>

 

Copyright © 2001-2011,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Developed by Magnum Information Technology Sdn Bhd