PENGURUSAN RISIKO
Kumpulan Kerja Modal Berasaskan Risiko (RBC) dan
Kumpulan Kerja Pengurusan Risiko Enterpris (ERM)
Jawatankuasa kecil Pengurusan Risiko telah menubuhkan 2 Kumpulan Kerja tambahan
i.e. Kumpulan Kerja Modal Berasaskan Risiko (RBC) dan Kumpulan Kerja Pengurusan
Risiko Enterpris (ERM) bagi menangani risiko-risiko yang muncul hasil dari
perubahan persekitaran dan landskap pengurusan.
Tugas-tugas utama Kumpulan Kerja Modal Berasaskan Risiko dan Kumpulan Kerja
Pengurusan Risiko Enterpris adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran dan penilaian
terhadap berbagai jenis risiko yang dihadapi oleh organisasi-organisasi masa kini
termasuk risiko-risiko yang melibatkan kewangan, ekonomi, strategik dan operasi.
Satu kajian telah dijalankan oleh Kumpulan Kerja Pengurusan Risiko Enterpris pada
suku ke-4 tahun 2007 untuk menilai tahap penguatkuasaan Pengurusan Risiko Enterpris
di dalam industri insurans am. Keputusan kajian tersebut membantu Kumpulan Kerja
untuk mengkaji dan memberi cadangan amalan yang bersesuaian untuk Pengurusan
Risiko Enterpris contohnya prosedur operasi standard, sistem dan infrastruktur
bagi meningkatkan penguatkuasaan Pengurusan Risiko Enterpris secara efektif di
dalam sesebuah organisasi insurans. Kumpulan Kerja Pengurusan Risiko Enterpris
juga bercadang untuk mengadakan program kesedaran bagi menerapkan budaya
pengurusan risiko enterprise dikalangan "industry players".
Bagi memastikan pemahaman dan penilaian terhadap Risiko Berasaskan Modal, Kumpulan
Kerja Modal Berasaskan Risiko akan mengadakan seminar untuk kakitangan di
peringkat operasi dalam bulan April, 2009 yang bertajuk "RBC - The Way Forward".
<<
Laman Sebelumnya | Senarai Laman
| Laman Seterusnya >>
|