PENDIDIKAN/PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Dana Pembangunan Modal Manusia MII
Institut Insurans Malaysia (MII) telah membuat rayuan kepada
persatuan-persatuan industri (PIAM dan LIAM) melalui BNM untuk mendapatkan
sokongan kewangan untuk rancangan pembangunan modal manusia (Human Capital
Development Fund - HCDF) bagi industri insurans. Sumbangan berdasarkan 1%
daripada gaji pekerja diperlukan oleh MII untuk membiayai program
pembangunan ini.
Ahli-ahli hanya perlu memberi sumbangan sekali sahaja iaitu 1% dari kos
tahunan penggajian pekerja setiap syarikat penanggung insurans kepada MII
untuk tujuan pembangunan modal manusia bagi industri insurans.
Satu "Jawatankuasa Pemandu" (Steering Committee) yang diwakili oleh 3 orang
dari setiap persatuan dan juga MII akan dibentuk untuk menilai dan menentukan
prioriti projek-projek berhubung HCDF yang akan dilaksanakan oleh MII.
Jawatankuasa Pemandu ini diberi kuasa untuk mengutarakan cadangan,
meluluskan dan menolak projek-projek yang dicadangkan oleh MII serta
bertanggungjawab ke atas pengeluaran wang dan pembayaran dari dana tersebut.
Jawatankuasa ini juga akan memantau penubuhan Tabung Amanah oleh MII untuk tujuan
pengeluran dana dan membuat keputusan samada sumbangan dari penanggung insurans
kepada HCDF perlu dibuat dalam satu pembayaran sahaja atau pembayaran secara
berturut-turut.
Analisa Mengenai Jurang Pada Sumber Manusia, 2008
Jawatankuasa kecil Pendidikan PIAM telah mengendalikan satu analisa menentukan jurang pada
sumber manusia (human resources gaps analysis) bagi industri insurans am. Objektif kaji
selidik ini adalah untuk memastikan apakah jurang yang terdapat di dalam latihan industri
insurans, memasarkan industri insurans sebagai majikan yang dipilih (branding) dan
mendapatkan pendekatan terbaik untuk mengatasi cabaran dan masalah yang dihadapi oleh
pihak sumber manusia. Jawatankuasa kecil ini telah menganjurkan satu sesi "brainstorming"
untuk Pengurus Sumber Manusia. Sesi "brainstorming" ini bertujuan untuk membincangkan
serta mencadangkan inisiatif dan langkah utama yang perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan
oleh ahli-ahli persatuan, dan secara langsung membincangkan permasalahan industri insurans.

HR Managers' Brainstorming Session - "Addressing Key Human Resource Challenges in the General
Insurance Industry" - Opening Remarks by Mr. Jahanath, Convenor, Education
Sub-committee
Jawatankuasa kecil ini telah mengumpul data untuk mewujudkan satu laluan komunikasi
dengan pihak Sumber Manusia dan Pengurus Latihan ahli-ahli PIAM. Ini membolehkan
komunikasi yang lebih cepat dengan mereka bagi tujuan untuk membincangkan isu-isu
sumber manusia dalam industri insurans.
<<
Laman Sebelumnya | Senarai Laman
| Laman Seterusnya >>
|