PERHUBUNGAN AWAM
Hari Insurans, 2008
PIAM berserta dengan ahli-ahli industri insurans am yang lain telah melaksanakan
tanggungjawab sosial dengan menganjurkan beberapa acara untuk menggalakkan
kesedaran insurans di kalangan orang ramai. Acara-acara seumpama ini biasanya
dianjurkan sempena Hari Insurans pada 27hb Julai setiap tahun.
Hari Insurans 2008 dianjurkan bersama oleh industri insurans dan takaful. Hari
Insurans pada tahun ini diadakan serentak dengan "Insurance and Takaful Walk 2008"
di mana seramai 1,500 peserta yang terdiri daripada pekerja industri insurans dan
orang ramai telah mengambil bahagian. Projek bersama yang dianjurkan termasuk
projek kesihatan komuniti dengan objektif untuk menggalakkan penjagaan
kesihatan dan amalan cara hidup sihat.

Insurance Day 2008 - The Guest of Honour, Y. Bhg. Dato' Muhammad
Ibrahim, BNM Assistant Governor taking a health check
Di antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di bawah program komuniti ini adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma,
pemeriksaan "Body Mass Index" (BMI) dan program menderma darah. Pakar
pemakanan yang bertauliah juga turut hadir untuk memberi khidmat
nasihat. Acara Hari Insurans ini juga merupakan satu pelantar yang
memberi peluang kepada industri dan orang ramai untuk berinteraksi
sambil berseronok dengan aktiviti luar.

Penubuhan "Specialist Admiralty Court"
PIAM telah menyampaikan surat sokongan kepada Majlis
Peguam atas cadangan menubuhkan "Specialist Admiralty Court",
yang dibangkitkan semasa Persidangan Kebangsaan Maritim
berlangsung dalam bulan Mac 2007. Persidangan sebulat suara
bersetuju ianya adalah mustahak untuk melahirkan keyakinan
global di Malaysia sebagai negara maritim, negara mesti
mempunyai satu badan kehakiman dan sistem perundangan
berkualiti, bebas dan cepat untuk menyelesaikan
pertikaian-pertikaian maritim.
<<
Laman Sebelumnya | Senarai Laman
| Laman Seterusnya >>
|