- Keahlian Persatuan

Sehingga 1hb April 2010, Persatuan ini mempunyai
36 ahli yang terdiri daripada syarikat insurans am
dan penginsurans am semula yang berlesen dan
beroperasi di Malaysia. Keahlian ini meliputi 21 buah
syarikat insurans am, 9 syarikat komposit dan 6
penginsurans am semula. Daripada 36 ahli ini, 21
buah syarikat merupakan syarikat tempatan dan 15
lagi adalah syarikat milik luar negara.
- Bahagian Pasaran Insurans Am

Industri insurans am merekodkan peningkatan dalam
premium bertulis kasar sebanyak 5.83% pada 2009
mencapai RM11.983 bilion berbanding dengan
peningkatan sebanyak 8.37% pada 2008 iaitu
sebanyak RM11.323 bilion. Premium bersih
meningkat pada kadar 4.86% pada 2009 mencapai
RM8.385 bilion berbanding dengan 10.13% pada
2008. Premium langsung kasar meningkat 5.7%
mencapai RM11.519 bilion berbanding RM10.895
bilion pada tahun 2008.
Sektor motor merekodkan premium bertulis kasar
sebanyak RM5,288.1 juta iaitu kenaikan sebanyak
7.6% berbanding dengan tahun lepas (2008: 10%,
RM4,911.6 juta). Sektor kebakaran merekodkan
kenaikan dalam premium bertulis kasar sebanyak
5.3% pada 2009 iaitu RM2,237.2 juta (2008: 6%,
RM2,123.7 juta).
Sektor motor menguasai pasaran dengan premium
langsung sebanyak 45.6% dengan kenaikan sebanyak
2.2% berbanding dengan tahun lepas. Sektor
kebakaran mencatatkan penurunan daripada 18.8%
pada tahun 2008 kepada 17.6% pada 2009. Semua
sektor lain juga mencatatkan penurunan kecuali
sektor Medical yang mencatatkan pasaran sebanyak
5.1% pada 2009 berbanding 4.9% pada 2008 dan
Insurans Kemalangan yang mencatatkan kenaikan
daripada 7.6% pada 2008 kepada 8.2% pada 2009.
- Nisbah Tuntutan Bersih Kena Bayar (NCIR) bagi Sektor-sektor

Nisbah Tuntutan Bersih Kena Bayar (NCIR) pada
tahun 2009 merekodkan penurunan pada 2009
daripada 65.5% pada tahun 2008 kepada 61.5% pada
2009. Nisbah yang disatukan juga menurun pada
2009 iaitu 92.6% berbanding dengan 97.9% pada
2008.
Nisbah tuntutan Motor mencatatkan penurunan
kepada 80.0% berbanding 82.7% pada tahun 2008.
Walaubagaimanapun, nisbah tuntutan Motor -
Perlindungan Akta mencatatkan kenaikan sebanyak
259.3% berbanding dengan 255.4% pada tahun 2008.
Kebanyakan sektor insurans mengalami penurunan
NCIR kecuali sektor Liabiliti dan Bon yang
mencatatkan kenaikan daripada 13.5% pada 2008
kepada 33.3% pada 2009 untuk liabiliti dan 2.3%
pada 2008 dan 7.6% pada 2009 untuk sektor Bon.
- Margin Pengunderaitan

Industri insurans telah merekodkan margin
pengunderaitan sebanyak RM612.7 juta berbanding
dengan RM163 juta pada 2008. Perbelanjaan
pengurusan dan nisbah komisen menurun dari 32.3%
pada tahun 2008 kepada 31.0% pada tahun 2009.
Senari
Laman | Laman Seterusnya >>