Home  
About PIAM  
PIAM Annual Report  
Management Committee  
PIAM's Role  
Complaints / Mediation  
List of
members
 
Products and Services  
PIAM Approved Repairers Scheme  
Consumer Resources  
News  
External Links  
Contact Us  
Search Our Site  
 

AKTIVITI-AKTIVITI PIAM

PERKEMBANGAN DALAM INDUSTRI INSURANS AM

Majlis Bersama Insurans - Takaful (JITC)

PIAM, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah secara prinsipnya bersetuju untuk membentuk satu pengsektoran silang Majlis Bersama Insurans - Takaful (JITC).

Terma-terma Rujukan bagi Majlis tersebut adalah:-

  1. Membentuk peraturan dan garis panduan yang lebih konsisten bagi ke tiga-tiga sektor industri dan juga menyelesaikan isu-isu berbangkit yang tidak konsisten melalui rundingan;

  2. Meneliti garis panduan berkenaan serta memberi cadangan kepada sektor-sektor berkenaan dengan pandangan yang boleh mengharmonikan lagi amalan industri, peraturan atau garis panduan terhadap amalan pasaran yang berkemungkinan tidak konsisten.

  3. Memberi cadangan kepada pihak berkuasa insurans dan takaful terhadap isu-isu berkaitan peningkatan dan pindaan ke atas sebarang peraturan dan garis panduan, di mana perlu.

  4. Mengetuai dan melaksanakan tanya siasat ke atas sebarang pertikaian atau aduan di antara sektorsektor, yang dirujuk kepada JITC oleh persatuanpersatuan dan seterusnya membuat penyelesaian secara baik. Semua keputusan yang dibuat oleh JITC terhadap pertikaian dan aduan di antara sektor-sektor terbabit adalah muktamat.

  5. Mengenakan denda (termasuk denda dalam bentuk kewangan) ke atas ahli-ahli yang didapati melanggar sebarang peraturan dan garis panduan industri yang telah dipersetujui oleh ke tiga-tiga sektor.

JITC akan diwakili oleh 9 calon iaitu 3 wakil yang dicalonkan oleh setiap persatuan. Pembentukan Majlis ini dan pelancarannya akan dimulakan dengan proses rundingan rapat bersama BNM.

Cadangan Skim Tuntutan Pihak Ketiga Kecedaran Anggota dan Kematian (TPBID)

Ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri semasa belanjawan 2010, BNM sedang membuat perumusan terhadap skim tuntutan Pihak Ketiga Kecederaan Anggota dan Kematian (TPBID). Apabila rangka kerja ini siap dibentuk, BNM akan menganjurkan sesi rundingan dengan semua pihak yang relevan, termasuk persatuan-persatuan konsumer, persatuan-persatuan pengangkutan berkaitan perdagangan, pihak-pihak peguam dan juga industri insurans, sebelum skim ini diperkenalkan untuk pertimbangan kerajaan.

Rasional untuk mengkaji semula rangka kerja insurans motor yang sedia ada ialah untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh orang awam dan juga industri insurans mengenai peniagaan insurans motor di bawah sistem tarif yang tidak diperbaharui sejak lebih 30 tahun. Ini telah menyebabkan ketidak sejajaran pada bayaran/harga kerana tarif tidak diselaraskan mengikut kenaikan pada kos rawatan dan kos tinggal di hospital, kenaikan kos sara hidup dan kenaikan pada kos tuntutan semasa, khususnya tuntutan TPBID. (TPBID adalah mandatori di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987).

Skim cadangan TPBID yang baru ini bertujuan untuk mengimbangi keperluan bagi semua pihak yang terlibat dan memastikan semua pemilik kenderaan boleh mendapat perlindungan insurans motor yang minimum dengan premium yang berpatutan dan setara dengan tahap perlindungan yang diberikan. Skim cadangan TPBID yang baru ini juga akan memastikan langkah-langkah akan diambil supaya proses tuntutan boleh dibuat dengan lebih cepat dan cekap.

Projek Pembinaan Kapasiti Malaysian Insurance Institute (MII)

Penubuhan Institut Kewangan Asia (AIF) pada November 2008 merupakan daya usaha yang diterajui oleh BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertujuan mempertingkatkan lagi pembangunan modal manusia di dalam sektor kewangan.

Objektif AIF adalah untuk mempertingkatkan modal manusia disamping menaikkan taraf "institution of global excellence" dengan kerjasama empat institut latihan di dalam sektor servis kewangan. Institutinstitut latihan tersebut adalah Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM), Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM), Malaysian Insurance Institute (MII) dan Securities Industry Development Corporation (SIDC).

AIF akan berkerja rapat dengan institusi-institusi latihan ini untuk menyelaras serta meningkatkan reka bentuk, isi kandungan, arahan dan penyampaian program. Ini termasuk perlaksanaan pada rangka kerja jaminan kualiti (quality assurance) untuk memastikan tahap latihan yang tinggi, pembangunan dan penyelarasan program di kawasan yang merentasi industri kewangan yang lain. AIF juga bertanggungjawab mengendalikan penyelidikan.

Dalam hal ini, AIF akan memantau Projek Pembinaan Kapasiti MII yang dibiayai bersama oleh BNM dan industri insurans. Peningkatan pada kurikulum dan program-program MII serta kenaikan pada sumber ilmu dan pengetahuan, peningkatan dan perkembangan fakulti, perkhidmatan pelanggan dan penjenamaan, semuanya tertakluk di bawah projek ini. Projek awalan yang akan digerakkan di bawah Projek Pembinaan Kapasiti, adalah pembangunkan rangka kerja kebolehan (competency framework) untuk industri insurans. Apabila rangka kerja ini siap dibentuk, ia boleh dihubungkan terus kepada "identified competencies" untuk setiap tugasan kepada set program latihan yang lebih tersusun. Di antara faedah-faedah yang akan diperolehi dari rangka kerja ini adalah peningkatan prestasi sumber manusia, produktiviti dan kadar "retention" yang lebih baik serta "engagement practices".

MII telah melantik beberapa perunding luar iaitu LOMA, LIMRA dan ANZIIF yang membentuk satu daya usaha sepakat untuk bekerjasama dengannya di dalam inisiatif ini. Projek ini akan memerlukan kajian yang ekstensif dan maklumbalas dari ahli-ahli persatuan didalam usaha untuk membentuk satu rangka kerja khas bagi industri insurans.

Bengkel Kesedaran FRS

Pada tahun 2009, Malaysian Accounting Standards Board dan Financial Reporting Foundation telah mengumumkan pelan untuk membawa Malaysia ke tahap pematuhan penuh ke atas Standard Laporan Kewangan Antrabangsa (IFRS) pada tahun 2012. Untuk mempercepatkan lagi fasa pertukaran kepada IFRS, tarikh berkuatkuasa FRS 139 - Financial Instruments: Recognition and Measurement, FRS 4 - Insurance Contract dan FRS 7 - Financial Instruments: Disclosure telah ditetapkan pada 1hb Januari 2010. Pihak penanggung insurans perlu menyediakan sumber yang mencukupi untuk menghadapi pertukaran ini.

Untuk memastikan ahli PIAM lebih prihatin dan faham akan standard tersebut, pihak persatuan telah menganjurkan satu siri Bengkel Kesedaran FRS yang dikendalikan oleh firma perakaunan yang terkenal. Bengkel-bengkel ini banyak menggunakan kajian kes dan sangat "interactive", dan secara langsung menggalakkan tahap pemahaman yang lebih baik.

Pengolahan Cukai Penanggung-Penanggung Insurans Ekoran Dari Pengenalan Rangka Kerja Modal Berdasarkan Risiko (RBC) dan Standard Laporan Kewangan 139

Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko (RBC) memerlukan penanggung-penanggung insurans menganalisa dan mengawas risiko-risiko bawaan di dalam aktiviti-aktiviti insurans. RBC bukan sahaja akan meningkatkan prosedur-prosedur pengunderaitan syarikat-syarikat insurans, malah ia juga akan meningkatkan tahap kemahiran teknikal di dalam penilaian asset dan liabiliti, ujian tekanan serta penaksiran dan pengurusan risiko.

Terdapat berbagai implikasi di dalam penerapan rangka kerja RBC berbanding dengan FRS 139; di antaranya metadologi penilaian asset dan liabiliti insurans am, pengolahan cukai di dalam syarikat-syarikat insurans am, perubahan di dalam penilaian perakaunan dan pengecaman ke atas asset kewangan dan liabililiti.

Pihak persatuan telah melantik Perunding-perunding untuk mendalami dan mengenal pasti isu-isu cukai, ekoran dari penerapan RBC dan FRS 139 yang akan memberi kesan ke atas penanggung-penanggung insurans am. Mereka juga telah mengenal pasti opsyen-opsyen lain untuk menangani masalahmasalah dan kesan-kesan terhadap isu-isu ini. Seterusnya, menilai pengolahan cukai semasa dan melahirkan cadangan ke atas pengolahan cukai yang berbangkit dan mencadangkan peralihan bekalan (transitional provisions). Pertimbangan juga telah diberikan terhadap isu-isu cukai yang lain yang melibatkan operasi penanggung-penanggung insurans yang memerlukan pengurusan khas.

Sebahagian daripada perlaksanaan ini dan juga susulan dari rundingan dengan ahli-ahli PIAM, satu Memorandum telah di hantar oleh pihak Persatuan kepada Bahagian Analisa Cukai, Kementerian Kewangan, dengan cadangan-cadangan berikut:

  1. Walaupun dengan pengenalan Rangka kerja RBC dan FRS 139, pengolahan cukai semasa seperti mana yang digubal di dalam Seksyen 60 Akta Cukai Pendapatan untuk penanggung-penanggung insurans, tetap tidak berubah, iaitu:
    1. Sebarang perolehan atau kerugian ekoran dari pelupusan pelaburan, boleh dikenakan cukai atau diberi potongan cukai, apabila penguatkuasaan direalisasikan.

    2. Penanggung-penanggung insurans am akan dikenakan cukai atau diberi potongan cukai pada tahun pergerakan URR/UPR. Pengiraan URR/UPR dibuat berdasarkan pada kaedah pernilaian yang telah ditetapkan; dan

    3. Perubahan (iaitu kenaikan/penurunan) berpunca dari pengukuran semula terhadap liabiliti tuntutan pada penerapan awalan rangka kerja RBC (diselaras melalui perolehan tertahan) akan diberikan potongan atau dikenakan cukai pada tahun pertama rangka kerja RBC diguna pakai.

  2. Syarikat-syarikat insurans am akan diberi opsyen untuk memilih pengolahan cukai berdasarkan RBC atau FRS 139.

  3. Belanja faedah yang ditanggung oleh syarikatsyarikat insurans ke atas dana yang dipinjam dan digunakan di dalam produksi pendapatan kasar penanggung-penanggung insurans diberi pemotongan cukai; dan

  4. Pemotongan cukai akan dipersetujui bagi peruntukan khusus pada hutang ragu dan/atau hutang lapuk terhapus kira yang ditanggung oleh syarikat-syarikat insurans, dimana semua peraturan di bawah Seksyen 34(2) dan Seksyen 34(3) Akta Cukai Pendapatan dipatuhi.

<< Laman Sebelumnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>

 

Copyright © 2001-2011,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Developed by Magnum Information Technology Sdn Bhd