Home  
About PIAM  
PIAM Annual Report  
Management Committee  
PIAM's Role  
Complaints / Mediation  
List of
members
 
Products and Services  
PIAM Approved Repairers Scheme  
Consumer Resources  
News  
External Links  
Contact Us  
Search Our Site  
 

LAPORAN JAWATANKUASA KECIL

HAL-HAL AGENSI

Sistem Pendaftaran Agensi
Jumlah unit agensi yang berdaftar di bawah Peraturan Pendaftaran Ejen-Ejen Insurans Am setakat 31hb Disember 2008 dan 2009 adalah seperti di bawah:-

Year (as at 31st Dec) No. of Agency Units
Registered With
Total No. of
Agency Units Registered
Percentage of Agency
Units Registered With
One Principal Two Principals
One Principal Two Principals
2008 18,864 19,902 38,766 49% 51%
2009 18,954 16,976 35,930 53% 47%

Setakat 31hb Disember 2009, jumlah agensi insurans am yang didaftarkan adalah 35,930, merekodkan penurunan sebanyak 7.8% berbanding jumlah 38,766 pada tahun 2008. Penurunan pada tahun 2009 pada keseluruhannya adalah disebabkan oleh pembatalan ejen-ejen yang gagal mendaftar perniagaan mereka dengan Pendaftar Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Sebanyak 53% (18,954) ejen-ejen yang berdaftar berurus niaga dengan satu Prinsipal sahaja.

Agihan ejen menurut kawasan geografi adalah seperti berikut:-

  No. of Agents
  2008 2009
Johore 5,444 5,194
Kedah 1,724 1,624
Kelantan    702    649
Melaka 1,498 1,417
N. Sembilan 1,420 1,347
Pahang 1,616 1,473
Penang 3,746 3,562
Perak 3,163 2,891
Perlis    120    124
Sabah 2,161 1,939
Sarawak 2,782 2,360
Selangor 7,585 7,193
Terengganu    598    556
WP Kuala Lumpur 6,118 5,553
WP Labuan     30     29

Singapore 59      19

Keperluan untuk Mendaftar Perniagaan Agensi Dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Bagi memastikan peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dipatuhi, Lembaga Agensi telah menasihatkan semua agensi yang sediaada, terutamanya, ejen individu yang mengendalikan perniagaan di atas nama mereka sendiri untuk mendaftarkan agensi mereka dengan Pendaftar Perniagaan.

Berkuatkuasa mulai 5hb Februari 2009, bagi sesiapa yang ingin menjadi ejen insurans am, salinan dokumen pendaftaran perniagaan perlu disertakan apabila permohonan dibuat bagi pendaftaran sebagai agen (permohonan baru).

Modul Perkembangan Profesional Selanjar (CPD) Ejen
Sistem Pendaftaran Ejen Online (OARS) terus ditingkatkan oleh Persatuan dengan kemasukan Modul CPD baru di mana penanggung insurans boleh mengemukakan secara online latihan CPD yang diperolehi oleh ejen-ejen mereka. Modul CPD online ini memudahkan Prinsipal dalam pemeriksaan dan penjejakan jam CPD yang diperolehi oleh ejen di bawahnya serta Prinsipal yang lain (bagi ejen yang mewakili 2 Prinsipal).

Denda yang dikenakan bagi ejen-ejen yang tidak memenuhi jumlah jam CPD untuk setahun iaitu sebanyak 20 jam adalah Surat Amaran (bagi kesalahan kali pertama), penggantungan (bagi kesalahan kali kedua) dan penamatan (bagi kesalahan kali ketiga).

Garis Panduan untuk Rebet Mandatori bagi Perniagaan Langsung
Perlaksanaan Garis Panduan untuk Rebet Mandatori bagi Perniagaan Langsung telah berkuatkuasa pada 1hb Julai 2009. Di bawah Garis Panduan ini, pelanggan perseorangan yang mengendalikan pengurusan perolehan insurans sendiri dengan membeli perlindungan insurans secara terus daripada syarikat insurans, layak untuk menerima rebet premium.

Di bawah Garis Panduan ini, pelanggan-pelanggan perseorangan yang membeli polisi insurans motor mereka secara terus daripada syarikat insurans yang berlesen, adalah layak untuk menerima premium rebet sebanyak 5% bagi tahun pertama Garis Panduan ini dilaksanakan dan 10% bagi tahun-tahun seterusnya. Untuk produk insurans "bukan- motor", kelayakan rebet adalah tertakluk kepada komisen penuh yang dibenarkan bagi kelas perniagaan tersebut di bawah Garis Panduan Mengawal Kos Operasi untuk Perniagaan Insurans Am.

Bagi entiti-entiti yang lain seperti pemilik tunggal, perkongsian dan syarikat-syarikat, rebet yang diberikan bergantung kepada budi bicara penganggung insurans.

Garis Panduan bagi Kempen dan Tajaan
Berkuatkuasa pada 1hb Mei 2009, ahli-ahli bersetuju untuk melarang penganjuran sebarang kempen, tajaan atau peraduan untuk pengguna (bagi semua kelas perniagaan). Ini termasuk tawaran hadiah, barangan-barangan promosi atau sebarang ganjaran yang boleh mendorong pengguna membeli produk insurans dari ahli-ahli persatuan.

<< Laman Sebelumnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>

 

Copyright © 2001-2010,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Developed by Magnum Information Technology Sdn Bhd