INSURANS KENDERAAN
Penyampaian Maklumat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri
Malaysia (LHDNM) untuk "Pengakuan Pendapatan"
Lanjutan dari mesyuarat diantara wakil-wakil
Jawatankuasa Kecil Tuntutan PIAM, Pasukan Petugas
menangani Penipuan Tuntutan Kecederaan Anggota
Pihak Ketiga dan wakil-wakil dari Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN), ahli-ahli PIAM telah diberitahu
bahawa mereka boleh menyampaikan maklumat
mengenai "Pengakuan Kurang (Under-Declaration)
atau Tiada Pengakuan Pendapatan (Non-Declaration
of Earnings)" kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri
samada pada masa peringkat awal proses tuntutan
atau semasa dalam proses pendengaran (hearing)
atau semasa kesimpulan pendengaran (hearing)
dibuat di mahkamah
Walaupun telah dipersetujui bahawa ianya atas budi
bicara ahli syarikat individu itu sendiri untuk
menyampaikan maklumat yang perlu kepada LHDN,
Persatuan ini amat menggalakkan ahli-ahlinya untuk
berbuat demikian kerana tindakan ini sebagai langkah
pencegahan yang berkesan (strong deterrent)
terhadap amalan-amalan salah dan penipuan keatas
penanggung insurans.
ISM Automotive Business Intelligence (ISM-ABI) System
- Penilaian Kenderaan Bermotor
Berkuatkuasa dari 29hb September 2009, ISM
Automotive Business Intelligence (ISM-ABI) System
telah di masukkan didalam Tariff Motor sebagai satu
piawaian yang diterima untuk rujukan bagi penilaian
kenderaan bermotor.
Apabila piawaian ISM-ABI di gunapakai dalam
sesuatu polisi insurans motor, pemegang polisi dan
penanggung insurans telah bersetuju bahawa rujukan
kepada sistem ISM-ABI akan digunapakai untuk
menentukan jumlah diinsuranskan pada masa
pembelian/pembaharuan polisi insurans motor dan
juga menentukan jumlah penyelesaian dalam proses
tuntutan.
Pengkalan ISM-NCD - Integrasi Sistem NCD Dalam Talian (Online)
Sebagai penambahbaikkan kepada usaha-usaha
semasa untuk memudahkan pengesahan diskauntanpa-
tuntutan (NCD), ianya telah dipersetujui
bahawa penanggung insurans dan semua pihak
perantara yang menerima perlindungan insurans
motor mesti mendapatkan pengesahan dari pengkalan
pusat ISM-NCD pada masa penjualan.
PIAM sedang berkerjasama dengan ISM untuk
mengintegrasikan sistem bagi pengesahan NCD dalam
talian (iaitu penyambungan dalam talian sistem
syarikat insurans, sistem agensi dan sistem "gateway
providers" dengan pengkalan data ISM). Syarikatsyarikat
boleh secara terus berhubung dengan Sistem
ISM-NCD atau melantik gateway providers untuk
menyalurkan transaksi kepada dan dari ISM. Tarikh
yang dicadangkan untuk integrasi penuh dalam talian
dengan Pengkalan ISM-NCD pada semua dimasa
penjualan ialah 1hb Julai 2010.
Sebagai perkhidmatan tambahan kepada pelanggan,
ISM telah juga menyediakan khidmat pengesahan NCD
kepada orang awam melalui pertanyaan internet atau
SMS.
Pelaksanaan Sistem "Knock-for-Knock" Dalam Talian
Kumpulan Kerja untuk mengkaji Perjanjian KfK telah
mencadangkan supaya Sistem KfK dalam talian dibina
untuk mengautomatikkan sepenuhnya prosedur KfK
untuk lebih mempercepatkan tuntutan KfK diantara
Penanggung insurans yang mengendali tuntutan
(Handling insurer) dan Penanggung Insurans Pengadu
(Claimant's Insurer). Kumpulan Kerja tersebut akan
berbincang dengan pembekal perkhidmatan untuk
membangunkan sistem dan juga meneliti perubahanperubahan
yang perlu keatas Kod Prosedur dan
Amalan KfK.
Skim Bengkel-Bengkel yang diluluskan oleh PIAM
Jumlah bilangan bengkel-bengkel yang diluluskan
pada 31hb Disember 2009 adalah 537 dan agihan
mengikut negeri adalah seperti berikut:-
| 1. |
KUALA LUMPUR (WP) |
67 |
| 2. |
SELANGOR |
191 |
| 3. |
PULAU PINANG |
26 |
| 4. |
SARAWAK |
31 |
| 5. |
JOHOR |
59 |
| 6. |
PERAK |
40 |
| 7. |
NEGERI SEMBILAN |
24 |
|
| 8. |
MELAKA |
14 |
| 9. |
PAHANG |
22 |
| 10. |
KELANTAN |
9 |
| 11. |
TERENGGANU |
14 |
| 12. |
PERLIS |
2 |
| 13. |
KEDAH |
20 |
| 14. |
SABAH |
18 |
|
| TOTAL | 537 |
Kumpulan Kerja PARS telah mengkaji syarat-syarat
PARS supaya syarat-syarat yang lebih ketat dapat
dilaksanakan untuk lebih mempertingkatkan dan
memperbaiki piawaian dan kualiti bengkel-bengkel
PARS. Sementara menunggu kajian oleh Kumpulan
kerja tersebut yang akan di selesai pada 1hb April
2010, permohonan baru telah dibekukan buat
sementara.
Pencurian Kenderaan
Kerajaan telah melancarkan Pelan Hala Tuju Program
Transformasi Kerajaan (GTP) dan inisiatif 6 Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada 28hb Januari
2010.
Salah satu program Mengurangkan Jenayah NKRA
adalah untuk mengurangkan indeks keseluruhan
jenayah yang dilapurkan. Sasarannya adalah untuk
mencapai sekurang-kurangnya pengurangan 5%
indeks keseluruhan jenayah yang dilapurkan setiap
tahun untuk tiga tahun akan datang.
PIAM telah dijemput untuk perbincangan awal dengan
Makmal Jenayah (Crime Lab) yang di tubuhkan oleh
Kementerian Dalam Negeri untuk mengkaji mengenai
pengurangan jenayah. PIAM telah mengemukakan
cadangan-cadangan mengenai Rangkakerja Langkah-
Langkah Pencegahan Kecurian Kenderaan atas Kereta
Persendirian kepada BNM. Kementerian telah
menjemput BNM sebagai pihak utama (stakeholder)
dalam NKRA Pengurangan Jenayah.
3-Langkah Pendekatan untuk menangani situasi
kecurian telah dicadangkan seperti dibawah:-
- Pengenalan Standard Keselamatan Kenderaan
- Mengaplikasikan Pendekatan Pengunderaitan
untuk menangani Kecurian Kenderaan, dan
- Pengenalan Skim Insentif dan Penalti untuk Alat
Peranti Keselamatan Kenderaan
Pengambilan Balik Kenderaan Curi Dari Luar Negara
Dengan kerjasama rapat dari pihak Interpol Polis
DiRaja Malaysia dan Polis Singapura, Persatuan telah
dapat membantu ahli-ahli dalam penemuan semula
kenderaan curi dari Singapura seperti dibawah:-
|
| | Recovery Date |
Country |
No. of Vehicles |
Est. Total market Value/RM |
| 15th May 2009 |
Singapore |
30 |
2,273,460 |
| 30th November 2009 |
Singapore |
26 |
1,300,000 |
<<
Laman Sebelumnya | Senarai Laman
| Laman Seterusnya >>
|