Home  
About PIAM  
PIAM Annual Report  
Management Committee  
PIAM's Role  
Complaints / Mediation  
List of
members
 
Products and Services  
PIAM Approved Repairers Scheme  
Consumer Resources  
News  
External Links  
Contact Us  
Search Our Site  
 

INSURANS KEBAKARAN

Insurans Kebakaran Jangka Panjang
Jawatankuasa Kecil Kebakaran telah mengkaji dan membuat cadangan untuk memperkenalkan produk Insurans Kebakaran Jangka Panjang di dalam Tarif Kebakaran bagi membolehkan penanggungpenanggung insurans konvensional mengunderait produk insurans jenis ini di bawah syarat-syarat tertentu untuk kawasan kediaman. Cadangan Insurans Kebakaran Jangka Panjang tersebut telah dikemukakan kepada BNM pada suku ke-tiga tahun 2009 dan masih di dalam pertimbangan BNM.

Kajian Semula Tariff Kebakaran
Kajiansemula Tarif Kebakaran sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Kecil Kebakaran, mewakili kajian ke-5 semenjak kajian terakhir yang dijalankan pada tahun 2004. Selain mengkaji kadar Tarif, Jawatankuasa Kecil Kebakaran juga akan menyelidiki bahagian lain di dalam tarif kebakaran sebagai langkah persediaan penanggung-penanggung insurans ke arah persekitaran tanpa Tarif.

Dalam hal ini, Jawatankuasa Kecil Kebakaran telah menjalankan sesi "brainstorming" pada bulan Oktober 2009 di mana sebuah "road map" untuk menjalankan perniagaan insurans kebakaran dalam persekitaran liberalisasi telah dirumus sebagai panduan bagi Jawatankuasa Kecil Kebakaran untuk mengembangkan program-program dan inisiatif dalam persiapan menuju ke pasaran tanpa Tarif. Persediaan penanggung-penanggung insurans, peningkatan fleksibiliti dalam penguderaitan perniagaan kebakaran dan pendidikan awam telah dikenalpasti sebagai bidang utama yang memerlukan perhatian dalam melaksanakan pasaran tanpa Tarif.

Lindungan Tambahan Banjir
Di bawah peruntukan sediada Tarif Kebakaran, perlindungan insurans untuk banjir berasaskan  sublimit terpilih adalah dilarang kerana ia dianggap sebagai perlindungan kerugian pertama. Jawatankuasa Kecil Kebakaran telah membenarkan pengecualian terhadap peruntukan sediada untuk perlindungan insurans banjir berasaskan tingkattingkat bangunan yang terpilih dengan syarat jumlah penuh diinsuranskan bagi tingkat-tingkat bangunan berkenaan samada dengan atau tanpa perlindungan banjir asalkan ianya dinyatakan dengan jelas di dalam jadual insurans.

NON TARIFF

Memperbaiki Penyampaian Maklumat/Data kepada ISM
Jawatankuasa Kecil Non-Tariff sedang menambah baik spesifikasi untuk penyampaian maklumat dan data kepada ISM mengenai kelas perniagaan seperti dibawah untuk memastikan ianya komprehensif dan boleh dipercayai untuk digunakan oleh ahli-ahli syarikat terutamanya didalam prasarana "de-tariff".

  1. Insurans Perubatan dan Kesihatan
  2. Marin
  3. Kemalangan Am, Engineering dan Bond
  4. Kemalangan Diri

Rujukan Polisi Bahasa Mudah

Kumpulan Kerja telah ditubuhkan bagi tujuan menderaf polisi bahasa mudah untuk kelas non-tariff yang umum seperti dibawah untuk rujukan oleh industri:-

  1. Money
  2. Burglary
  3. All Risks
  4. Fidelity Guarantee
  5. Plate Glass
  6. Electronic Equipment
  7. Equipment
  8. Medical
  9. Marine
  10. Personal Accident

<< Laman Sebelumnya | Senarai Laman | Laman Seterusnya >>

 

Copyright © 2001-2010,  Persatuan Insurans Am Malaysia.
Developed by Magnum Information Technology Sdn Bhd