| |
PENDIDIKAN/PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Jawatankuasa kecil ini telah menegaskan pendirian
industri bahawa penanggung-penanggung insurans
mesti melabur di dalam pembangunan modal manusia
terutama di dalam peningkatan kemahiran teknikal.
Peranan MII adalah sangat penting di dalam
pembangunan ini dan pihak industri akan terus
meletakkan harapan yang tinggi pada MII selaku
institusi pendidikan dan latihan insurans yang
terpenting.
Jawatankuasa kecil ini sedia maklum terhadap
pentingnya perlaksanaan langkah-langkah untuk
maju kehadapan (push forward measures). Langkahlangkah
ini perlu diperkenalkan untuk membantu
usaha ahli-ahli persatuan dan MII bagi meningkatkan
lagi pembangunan modal manusia. Satu kajiselidik
Analisa Jurang (Gaps Analysis) telah dibuat oleh ahliahli
PIAM dan MII dengan aktif, untuk mengenal pasti
cabaran yang dihadapi oleh industri insurans di dalam
pembangunan tenaga manusia. Kawasan utama yang
telah dikenal pasti dan seterusnya perlu diberi
perhatian adalah keperluan latihan untuk industri
insurans am, pasaran dan penjenamaan industri
insurans sebagai majikan pilihan, dan cabarancabaran
yang dihadapi oleh syarikat-syarikat
insurans. Di dalam kajiselidik ini, ahli-ahli persatuan
diminta untuk mencadangkan inisiatif-inisiatif yang
penting serta memberi pelan tindakan untuk
mengatasi cabaran tersebut.
Ketika fora susulan yang diadakan dengan Penguruspengurus
Sumber Manusia, beberapa pelan tindakan
telah berjaya dibuat. Ada di antara pelan-pelan
tersebut, lebih sesuai diguna pakai oleh syarikat
insurans secara individu, dan sesetengah lagi
memerlukan inisiatif secara bersama dari industri
melalui bantuan dari pihak persatuan. Pelan
tindakan utama yang memerlukan inisiatif secara
bersama adalah penjenamaan semula industri
insurans am sebagai majikan pilihan. Yang keduanya
adalah keperluan terhadap pengurusan bakat (talent
management). Di dalam perkara ini, Jawatankuasa
kecil Pendidikan/Tenaga Sumber Manusia telah
membentuk sebuah Kumpulan Pemikir (Think-Tank
Group). Kumpulan Pemikir ini akan memberi
perhatian kepada inisiatif-inisiatif terhadap
pengurusan bakat di dalam industri insurans.
Jawatankuasa kecil ini juga sedang mengusahakan
satu pelan tindakan untuk penjenamaan semula,
termasuk tinjauan semula pada sandaran peluang
kerjaya di dalam industri insurans, serta kerjasama
dengan institusi-institusi pendidikan tinggi yang
meletakkan insurans sebagai disiplin utama, untuk
mempromosikan kerjaya dalam bidang insurans.
Pihak MII juga telah diminta membuat pertimbangan
untuk membangunkan program pengurusan bakat
untuk bakal pemimpin di dalam industri insurans.
<<
Laman Sebelumnya | Senarai Laman
| Laman Seterusnya >>
|