Perlindungan Tenang

Lindungi orang tersayang anda dengan pelan insurans yang mampu dan mudah di bawah Perlindungan Tenang.

Perlindungan insurans ialah satu bahagian penting dalam perancangan kewangan masa depan kerana ia menawarkan jaring keselamatan untuk anda dan keluarga. Ia memastikan semua orang mendapat perlindungan dari segi kewangan sekiranya berlaku kematian, kebakaran atau kejadian yang tak diingini.

Ia memberikan anda ketenangan fikiran kerana anda tahu bahawa orang tersayang yang bergantung pada anda akan menerima sejumlah wang untuk membantu perbelanjaan harian dan membolehkan mereka meneruskan kehidupan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Melalui Perlindungan Tenang, anda kini dengan mudahnya boleh membeli pelan perlindungan yang anda mampu dan mudah difahami, dengan proses tuntutan yang senang dan ringkas.

Dapatkan produk yang mempunyai logo Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans pilihan anda.

Manfaat

Mampu

  • Premium dari hanya beberapa Ringgit setiap bulan
  • Pelan boleh diperbaharui setiap tahun

Mudah

  • Senang difahami
  • Bayaran sekaligus kepada benefisiari (penama) apabila berlaku kematian

Mudah untuk dibeli

  • Beli terus di Internet atau daripada syarikat insurans atau wakil
  • Juga boleh didapati di cawangan bank terpilih dan syarikat pengendali telefon mudah alih

Proses tuntutan yang mudah

  • Tuntutan yang disertakan dokumen yang lengkap akan dibayar dalam tempoh lima (5) hari bekerja

Ahli Syarikat Yang Turut Serta