Adibah’s Advice

Note: Read English version here

Liberalisasi insurans/takaful motor dilaksanakan secara berperingkat oleh Bank Negara Malaysia pada 1 Julai 2016. Ia bertujuan untuk menentukan harga premium/sumbangan takaful motor yang lebih adil serta penyediaan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pengguna.

Mulai 1 Julai 2017, harga premium insurans/sumbangan takaful motor ditentukan oleh setiap syarikat insurans dan pengendali takaful berdasarkan penilaian berhemah dan mengambil kira lebih banyak profil risiko pemandu dan kenderaan. Jadi, harga premium/ sumbangan takaful motor mungkin berbeza bagi dua kenderaan yang serupa dari segi model dan tahun pengeluarannya.

Anda juga boleh mendapat akses kepada pilihan produk insurans/takaful motor yang lebih luas dengan pelan produk perlindungan tambahan untuk memenuhi keperluan pada harga yang bersesuaian.

Ketahuilah bagaimana anda boleh menikmati lebih faedah ketika membeli insurans dengan menjadi seorang pengguna yang bijak, pemandu yang berhemah dan pemilik kenderaan yang bertanggungjawab!



Liberalisasi telah mewujudkan lebih banyak produk dan perkhidmatan insurans/takaful motor bagi memenuhi kehendak pengguna yang berbeza.

Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan produk insurans/takaful motor yang ditawarkan dan membuat perbandingan bagi mendapatkan pelan insurans/ takaful motor yang memenuhi kehendak anda pada harga yang bersesuaian dengan melayari ‘Motor Product Selector’ di

http://www.piam.org.my/phased-liberalisation-section/motor-product-selector/

Anda juga boleh menghubungi syarikat insurans/pengendali takaful atau ejen anda.



Rekod pemanduan yang bersih akan menjadikan profil risiko anda bertambah baik. Jadi, amalkan tingkah laku berikut untuk menikmati faedah yang ditawarkan apabila membeli atau memperbaharui

Perlindungan insurans/takaful motor:

  • Patuhi had laju pada setiap masa
  • Patuhi peraturan trafik
  • Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu kerana ia mengganggu fokus pemanduan anda

40.7% kemalangan disebabkan oleh pemanduan melebihi had laju

1 dalam 4 kemalangan berlaku sebab pemandu menggunakan telefon bimbit

47 daripada 167 kes kemalangan disebabkan oleh jarak kenderaan pemandu terlalu dekat dengan kereta di hadapan

44.9% kemalangan berlaku kerana cara pemanduan yang berisiko



Kenderaan yang tidak diselenggara secara teratur mungkin tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan boleh mengakibatkan kemalangan. Selenggaralah kenderaan secara berjadual untuk mengurangkan risiko kemalangan. Apabila tiada kemalangan, Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda dapat dikekalkan untuk penjimatan harga premium/sumbangan takaful jangka panjang.

44,000 kemalangan berlaku disebabkan kegagalan kenderaan berfungsi dengan baik seperti tayar, brek, roda stereng, suspense, transmisi, enjin dan masalah lain berkaitan kenderaan (National Highway Traffic Safety Administration, 2005-2007)

Untuk bantuan kemalangan atau tuntutan insurans/ takaful motor, hubungi Accident Assist Call Centre (AACC) di talian bebas tol 24 jam: 15-500