Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Semasa Membeli Insurans Motor (Membuat Perbandingan)?

Read English version

Dalam persekitaran yang diliberalisasikan, pengguna mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bijak mengenai keperluan insurans motor peribadi mereka berdasarkan maklumat yang diperolehi. Pemandu seharusnya mengambil berat dan lebih aktif supaya mendapat harga premium yang berpatutan berdasarkan profil risiko mereka. Jangan selalu tertarik kepada polisi insurans yang paling murah kerana ianya mungkin tidak mempunyai perlindungan yang terbaik. Pengguna seharusnya memilih penanggung insurans atau polisi yang paling sesuai dengan keperluan dan mengikut bajet mereka.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan masing-masing berdasarkan cara berikut:

  • Rujuk kepada ejen dari pelbagai penanggung insurans dan pengendali takaful untuk membandingkan produk yang ditawarkan.
  • Lawati sebanyak mungkin laman web penanggung insurans/pengendali takaful dan bandingkan apa yang ditawarkan untuk insurans motor atas talian.
  • Kunjung ke mana-mana syarikat/cawangan penanggung insurans/pengendali takaful untuk memahami mengenai produk insurans motor yang ditawarkan. Anda boleh mendapat maklumat yang lebih lanjut daripada kakitangan perkhidmatan pelanggan dan bandingkan produk yang ditawarkan.
  • Baca dengan teliti terma-terma polisi insurans motor dan mendapat keterangan bagi memastikan anda memahami apa yang anda mahu.
  • Semak saluran insurans atas talian yang khususnya menawarkan produk insurans motor dari pelbagai penanggung insurans dan buat perbandingan harga, perkhidmatan, produk tambahan dan pemulihan tuntutan kemalangan supaya memenuhi keperluan anda.