Apakah Perbezaan Antara Liberalisasi Dan Tarif Pasaran?

Read English version

Dalam persekitaran tarif, semua premium insurans motor dikawal/terkawal dan penangguung insurans perlu mengikuti harga yang ditetapkan dalam tarif ini ketika menawarkan produk mereka. Harga adalah sama tanpa mengira penanggung insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk. Premium hanya berdasarkan 2 kriteria utama – kapasiti enjin dan jumlah yang diinsuranskan (nilai kereta).

Dalam persekitaran yang tidak dikenakan tarif atau liberalisasi, semua premium insurans motor akan dinilai menggunakan kaedah penilaian risiko. Ini bermakna pemandu dengan risiko yang lebih rendah akan membayar premium yang lebih rendah berbanding pemandu berisiko tinggi.

Bagaimanakah kita mengklasifikasikan pemandu berisiko tinggi? Secara umumnya, ia berdasarkan:

  • Gaya Pemanduan – pemandu yang bertindak melulu dan tidak sabar lebih terdedah kepada kemalangan
  • Tabiat Memandu – pemandu dengan saman trafik yang tinggi akan terdedah kepada lebih banyak kemalangan.
  • Kecenderungan Kemalangan – jika anda kerap membuat tuntutan insurans untuk pembaikan kereta, anda dianggap pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam persekitaran liberalisasi, pemandu yang baik dan berhati-hati tidak akan lagi menanggung kos untuk pemandu yang tidak baik atau cuai.