Kesan Industri Penyahtarifan / Liberalisasi: Bagaimana Ini Akan Mejejaskan Penanggung Insurans Dan Pengendalitakaful?

Read English version

Industri insurans di Malaysia, seperti sektor kewangan yang lain, di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Sebelum pengenalan liberalisasi, beberapa langkah tadbir urus dan solvensi telah diperkenalkan untuk memastikan penanggung insurans dan pengendali takaful kukuh dari segi solvensi mereka.

Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko yang diperkenalkan memastikan bahawa rizab syarikat-syarikat adalah selaras dengan risiko yang ditaja jamin oleh mereka. Jika syarikat itu adalah selektif dalam menginsuranskan akaun besar yang mempunyai profil risiko yang tinggi, mereka perlu memastikan bahawa modal mereka adalah mencukupi untuk memenuhi liabiliti seandainya mereka mengalami kerugian daripada akaun tersebut.

Dengan kebebasan untuk memperkenalkan produk-produk inovatif, pengguna akan mempunyai pilihan yang lebih baik dan penanggung insurans boleh memenuhi semua keperluan pelanggan mereka di satu pusat sehenti.

Penanggung insurans juga perlu lebih efisien dalam persekitaran yang kompetitif kerana ini adalah salah satu faktor yang akan dipertimbangkan oleh pengguna terutamanya pengalaman mereka semasa membeli produk dan membuat tuntutan.

Untuk perkhidmatan yang lebih baik dan cekap, penanggung insurans mungkin menggunakan platfom dalam talian untuk memasarkan produk mereka. Pengguna akan membeli polisi insurans mereka dengan satu klik butang sahaja. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna saluran pemasaran konvensional menggunakan ejen akan berkurangan. Masih terdapat segmen pengguna yang lebih selesa untuk berurusan dengan penanggung insurans melalui ejen-ejen mereka. Ejen memiliki maklumat terperinci mengenai produk yang dijual oleh syarikat insurans dan boleh memberi nasihat kepada pengguna supaya membuat pilihan yang bijak.