Memahami Kesan Perubahan Iklim

Peningkatan Suhu

Perubahan iklim menyebabkan hari semakin panas, menjejaskan kesihatan awam dan meningkatkan penggunaan tenaga.

Kejadian Cuaca Ekstrem

Ribut dan hujan lebat yang lebih kerap menyebabkan banjir, tanah runtuh, dan kerosakan infrastruktur.

Kesan Ekonomi

Bencana berkaitan iklim mengakibatkan kerugian berbilion ringgit dan mengganggu aktiviti ekonomi.

Kesan terhadap Kesihatan Awam

Tekanan haba dan penyakit bawaan vektor semakin berleluasa akibat perubahan corak iklim.

 

Jenis-Jenis Banjir di Malaysia

Banjir Kilat

Disebabkan oleh hujan lebat dalam tempoh masa yang singkat, mengakibatkan limpahan air secara tiba-tiba.

Banjir Sungai

Hujan berpanjangan meningkatkan paras air sungai sehingga melimpah ke kawasan sekitarnya.

Banjir Pantai

Limpahan air laut akibat ribut, taufan, dan peningkatan paras laut menyebabkan banjir di kawasan pesisir pantai.

Kesan Perubahan Iklim terhadap Malaysia

Gangguan Ekonomi

Banjir dan kejadian cuaca ekstrem merosakkan infrastruktur dan perniagaan, mengakibatkan kerugian kewangan.

Komuniti Rentan

Golongan berpendapatan rendah dan komuniti luar bandar lebih berisiko disebabkan kekurangan sumber dan keupayaan untuk menyesuaikan diri.

Kesihatan dan Kesejahteraan

Peningkatan suhu dan pencemaran menyumbang kepada penyakit pernafasan dan masalah berkaitan haba.

Kemerosotan Alam Sekitar

Kehilangan biodiversiti dan kemusnahan ekosistem semakin cepat akibat perubahan iklim.

Persediaan Menghadapi Banjir
Apa Yang Boleh Anda Lakukan?

 
 

Sebelum Banjir

  • Simpan dokumen penting dalam bekas kalis air.
  • Sediakan bekalan air bersih dan makanan secukupnya.
  • Kenal pasti pusat pemindahan banjir yang terdekat.
  • Sediakan kit perubatan kecemasan dan power bank.
  • Bersedia untuk berpindah jika diarahkan oleh pihak berkuasa.
 

Semasa Banjir

  • Ikuti arahan rasmi dan elakkan pulang ke rumah terlalu awal.
  • Sentiasa peka dengan amaran banjir.
  • Elakkan menyentuh peralatan elektrik di kawasan yang banjir.
  • Segera berpindah jika berlaku banjir kilat.
  • Minum hanya air yanag dibotolkan atau yang telah dimasak.
 

Selepas Banjir

  • Elakkan wayar elektrik terdedah dan infrastruktur yang rosak.
  • Buang makanan yang tercemar dan jaga kebersihan.
  • Pakai kasut pelindung apabila kembali ke rumah.
  • Periksa kerosakan pada sumber air dan sistem sanitasi

Mengurangkan Kesan Kewangan Akibat Banjir dengan Insurans

Insurans Kenderaan

  • Hanya 4% rakyat Malaysia mempunyai perlindungan banjir untuk kenderaan mereka.
  • Perlindungan banjir ditawarkan di bawah Insurans Risiko Khas (Special Perils Insurance) dan perlu dibeli secara berasingan.
  • Memandu merentasi kawasan banjir boleh membatalkan tuntutan kerana kerosakan enjin akibat hydrolock.

Insurans Rumah & Harta

  • 74% rumah di Malaysia tidak dilindungi daripada kerosakan akibat banjir.
  • 33% pemilik rumah yang mempunyai insurans tidak memiliki perlindungan kandungan rumah.
  • Ramai pemilik harta tidak mengemas kini perlindungan insurans mereka, menyebabkan mereka kurang diinsuranskan.
  • Perlindungan insurans banjir perlu dikaji semula dan diperbaharui secara berkala.

*Sumber penulisan ini adalah daripada Jawatankuasa Tindakan Perubahan Iklim 2022/2024.

Bertindak Hari Ini

Perubahan iklim meningkatkan kekerapan dan keterukan banjir. Dengan mendapatkan maklumat, membuat persediaan, dan memiliki perlindungan insurans, anda boleh mengurangkan risiko fizikal dan kewangan.

Untuk maklumat lanjut tentang cara melindungi diri anda daripada risiko berkaitan iklim, lawati laman web PIAM atau berundinglah dengan penyedia insurans anda hari ini.